Monday, January 4, 2010

Perlukan Bekalan Cendawan

Memandangkan permintaan cendawan yang semakin meningkat, kami dengan berbesar hati memaklumkan bahawa :

CendawanPuchong Memerlukan Bekalan Cendawan Segar.

Kami Sedia Membeli.



Sila hubungi En. Zul di 019-2071743 untuk perbincangan harga.
>
>

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2010 sahabat secendawan sekalian.

Tahun baru menjelma lagi. Bertambah setahun lagi usia CendawanPuchong. Bila sebut tahun baru kita takkan lari dari persoalan AZAM baru. Kata orang tahun baru azam pun mesti baru tapi bagi kami di CendawanPuchong azam tetap sama sejak ia ditubuhkan cuma setiap tahun azam tu akan di value-added kan.

Untuk tahun 2010 kami berazam untuk menjadikan Puchong sebagai hub cendawan bagi negeri Selangor. Kalau Sekinchan dengan jelapang padinya...Kajang dengan sataynya...Bandar Baru Bangi dengan pusat ilmunya...maka Puchong akan kami masyhurkan dengan cendawannya.

Setelah kejayaan projek Satu Kampung Satu Industri (sudah pasti indutri cendawan)... kami telah diberi kepercayaan untuk mengujudkan 100 lagi pengusaha cendawan di sekitar Puchong dengan target hasil cendawan segar sebanyak 500kg sehari. Nampaknya menjelang March 2010 udara Puchong akan dipenuhi dengan spora2 cendawan...hehehe

Memang satu cabaran yang amat getir bagi kami untuk merialisasikan projek tersebut namun dengan cabaran itu jugalah menjadikan CendawanPuchong semakin matang dalam menghadapi sepak terajang dunia perniagaan.

Kami ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor khasnya YB Tuan Haji Yaakob Sapari yang telah memberikan perhatian serius didalam mengembangkan industri cendawan di negeri Selangor ini.

Majulah Cendawan untuk Puchong, Selangor dan Negara.