Thursday, February 28, 2008

Wednesday, February 27, 2008

Monday, February 25, 2008

Assalamualaikum.

Ini adalah beberapa gambar yang sempat dirakam pada kursus 23 Feb’08. Seramai 15 peserta telah hadir dan yang paling jauh datangnya dari Kedah. Datang dengan train semata-mata hendak menuntut ilmu “Cendawan” di Puchong. Tahniah diucapkan. Semangat sebeginilah yang perlu ada bagi setiap bakal-bakal usahawan cendawan. Semangat yang cekal, gigih dan berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan halangan-halangan yang pastinya harus ditempuhi dan ditangani dengan sebaik mungkin. Bagi kami, pihak Cendawan Puchong ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sanggup datang dari jauh dan mempercayai kebolehan kami untuk menjalankan kursus Tanaman Cendawan ini dengan jayanya. Kursus sebegini bukannya mudah untuk dijalankan tetapi bagi kami, ia merupakan satu penghormatan, kepercayaan dari para peserta dan kami berjanji untuk memberikan “kursus” yang terbaik untuk semua peserta kursus.

Kursus kali ini ada sedikit kelainan di mana ada seorang peserta kursus yang begitu teruja dan sangat bersemangat bertanyakan soalan-soalan yang kami kira cukup mencabar dan perlukan pengalaman yang mendalam untuk menerangkan kepadanya. Ada kalanya soalan yang diajukan sudah jauh kehadapan daripada sesi ajaran sehinggakan penceramah memerlukan kebijaksanaan untuk mengawal kursus dan mententeramkan keadaan. Alhamdulillah, semuanya terkawal dan mengikut agenda kursus sehingga tamat.

Bagi kami pihak Cendawan Puchong memang seronok dengan keterujaan para peserta serta amat mengalu-alukan soalan-soalan advance seperti ini kerana dengan cara begini, ia akan dapat mewujudkan satu suasana yang meriah di samping dapat memberikan impak yang positif kepada para peserta yang lain untuk terlibat sama dalam sesi soal jawab ini.

Akhir sekali pihak kami ingin mengucapkan ribuan ampun dan maaf jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa kepada peserta kursus yang hadir. Kepada mereka luar sana yang berminat dan ingin menyertai kursus sebegini, sila hubungi kami untuk pendaftaran dan booking tempat.








Wednesday, February 20, 2008

Lapuran kursus 17/02/2008













Alhamdulillah kursus pada 17 Feb (semalam) telah dihadiri seramai 21 peserta dari merata tempat..Johor, Pahang dan Perak dan Sarawak . Datang dengan satu hasrat iaitu, ingin mempelajari dan mengetahui Tanaman Cendawan Tiram ini.

Kursus berjalan dengan lancar dan mendapat 100% komitmen daripada peserta. Banyak soalan-soalan diajukan menampakkan semangat ingin mengetahui seberapa banyak info-info dan juga rahsia-rahsia tentang cendawan ini terutama sekali tentang permintaan pasaran, marketing dan juga kos memulakan perniagaan. Alhamdulillah semua itu dapat dijawab dengan baik sekali oleh penceramah (En. Zul).

Adalah menjadi matlamat utama penceramah untuk memberikan seberapa banyak info dan juga ilmu kepada para peserta agar mereka ini benar-benar jelas tentang baik dan juga buruk serta cabaran jika ingin mengusahakan tanaman cendawan ini. Disamping ingin menambah jaringan (network) pengusaha cendawan, penceramah berharap dengan adanya kursus sebegini, ia akan dapat melahirkan usahawan-usahawan cendawan yang agresif, kreatif dan mempunyai misi dan visi yang sama.

Gambor nanti saya bagi ya….

Sunday, February 17, 2008

Kursus untuk bulan March 2008

Salam sahabat secendawan sekelian,

Agak lama juga blog nie tak di update lantaran keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan... namun begitu ini tidak bermakna Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram turut tergendala.. tidak sama sekali.. kursus tetap kursus.. walau hanya seorang peserta yang datang, kursus tetap akan dijalankan dan semalam saya dimaklumkan seramai lebih 20 orang peserta telah menghadirkan diri. Kita tunggu saja fotonya nanti dari Mr Cendawan kita En Zul.

Parlimen dah bubar...tarikh penamaan calon dah diumumkan...tarikh mengundi dah ditetapkan..
tak lama lagi kita akan mengundi...tak lama lagi kita akan dapat barisan pimpinan yang baru...dengan semangat yang baru...dengan perancangan yang baru...pesanan saya : mengundilah dengan bijak...jangan mengundi macam AFUNDI...undi atas dasar paras rupa, simpati, saudara mara, kena paksa atau undi atas dasar kain batik sehelai atau beras sekampit atau basikal sebuah atau sekeping note 50 ringgit...undi kita amat bermakna didalam menentukan arah tuju negara dan yang penting sekali undi kita akan kita bawa hingga ke lubang kubur.

Kalau SPR dah umumkan tarikh mengundi...haaaaa saya pulak nak umumkan tarikh kursus untuk bulan March 2008...hehehe kempen kempen jugak...kursus jangan lupa...