Monday, May 26, 2008

Lapuran Kursus 25/05/2008

Sekali lagi syukur ke hadrat ilahi kerana KURSUS TANAMAN CENDAWAN pada 25 May telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 6 peserta telah hadir walaupun 13 penyertaan telah berdaftar. Almaklumlah, kita merancang dan Allah yang menentukan. Ada yang minta postponed dan ada juga yang tak dapat hadir atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan. Namun begitu, pihak Cendawan Puchong tidak boleh berbuat apa-apa cuma ingin diberitahu bahawa kursus seterusnya adalah pada 1 Jun 2008. Pendaftaran masih lagi dibuka. Setakat ini dah ada 16 peserta sudah berdaftar. Mari-mari, daftarlah segera selagi kerusi kosong masih ada...he he he.






Jadual Kursus June 2008


Thursday, May 22, 2008

Lapuran kursus 17/05/2008

Alhamdulillah, syukur.

Kursus tanaman cendawan telah berlangsung dengan jayanya pada 17 May yang lalu.
Seramai 6 peserta telah hadir.

Kali ini Tok guru terlewat sikit, al maklum la baru balik dari Muadzam Shah. Pukul 5 pagi plan nak bertolak dari sana dan budget sampai ke Puchong dalam 8.30pagi. Tapi apakan daya, mengantuk sangat. Pukul 5.30pg baru terjaga dan pukul 6 baru bertolak. So, lambat sikit la dalam 1 jam. Mujur En. Abu ada…so pagi tu dia tolong cover la dulu…bagi sedikit teori dan buat farm tour. Masa farm tour, dia bagi lagi info-info berguna kepada para peserta. Saya tiba masa sesi soal jawab di bangsal peram semasa farm tour. Boleh tahan juga peserta kali ini..semua soalan menjurus kepada fakta-fakta belaka seolah-olah macam esok lusa dan nak run projek cendawan dah nie. Tapi, alhamdulillah kami dapat memberikan penjelasan yang dapat memenuhi kehendak para peserta.

Kursus kali ini sungguh lancar dan para peserta sungguh enjoy..bagi apa saja semuanya OK. Masa menggaul habuk, buat beg, kukus, suntik dan penjagaan cendawan semuanya beressss!!!
Jadi, kepada mereka di luar sana yang masih lagi tercari-cari manakah tempat untuk menuntut ilmu cendawan, datang lah kepada kami.....kami akan bantu. Kita ada lagi 2 sesi kursus yang masih dibuka untuk penyertaan anda iaitu pada 25 May dan 1 Jun. Daftarlah sekarang lagi tempat duduk masih ada. Caranya bagaimana? Mudah sahaja, Cuma smskan nama dan tarikh yang diminta..kemudian kami akan daftarkan dan menghubungi anda semula. Tak perlu deposit..yuran bayar di tempat kursus.

Kepada mereka yang nak kan nasihat dan pandangan kami, setkan temujanji dan kami sedia menolong anda….upah tak mahal..hanya segelas teh tarik kurang manis dan sepinggan mee goreng mamak di restoran syed Bistro Puchong Perdana atau ABC Corner Puchong Prima kek kek kek kek.








Friday, May 16, 2008

Kursus masih berjalan

Kawan-kawan secendawan sekalian!!

Dah lama kita tak update activity cendawanpuchong. OK ini adalah gambar terbaru kursus-kursus tanaman cendawan anjuran untuk bulan May.

Nampaknya cendawanpuchong masih lagi mendapat tempat dihati bakal-bakal usahawan cendawan kerana masih lagi relevan untuk menjalankan kursus serta menjadi pusat rujukan dan juga mendapatkan bahan-bahan mentah industri cendawan ini.

Pihak kami cendawanpuchong tidak putus-putus menerima kunjungan dan juga order beg-beg cendawan oleh peserta kursus dan juga mereka yang berninat. Setakat ini lebih 50,000 beg telah ditempah dan masih lagi ada tempahan-tempahan baru yang kami lanjutkan 1-2 bulan akan datang.

Ini adalah kerana, menjadi prinsip kami cendawanpuchong untuk memberikan beg-beg cendawan yang berkualiti serta memberikan kepuasan hati pelanggan-pelanggan kami. Untuk itu kami perlu memeramkan beg-beg tersebut sehingga 3-4 inci dan baru release kepada customer. Qualiti is no.1.

Kapasiti pengeluaran juga telah kami tingkatkan dan juga bilangan pekerja turut bertambah. Ini penting bagi memastikan output dan tempahan dapat dipenuhi mengikut jadual.

Kami juga telah berjaya mewujudkan beberapa jaringan usahawan yang membantu kami dalam memenuhi permintaan beg-beg cendawan yang semakin meningkat itu. 3 usahawan telah kami wujudkan iaitu di Pulau Indah (Klang), Meru (Klang) dan juga Sungai Balak (Cheras).

Kepada mereka diluar sana yang berminat untuk berkursus cendawan dan juga mencuba secara kecil-kecilan tanaman cendawan, mari lah berjumpa kami atau hubungi kami. Insya Allah akan kami bantu anda semua.