Friday, December 5, 2008

Puchong – 30 Nov, berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN anjuran Cendawanpuchong dengan penyertaan seramai 16 orang peserta. Kursus pada kali ini boleh dikatakan sebagai kursus muhibbah dimana telah disertai oleh 3 kelompok kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Suasana kursus sungguh meriah dengan rancaknya sesi soal dan jawap. Apapun pihak cendawanpuchong mengharapkan para peserta kursus berpuashati dengan kursus yang diberikan serta mencapai objektif masing-masing. Jika ada kemuskilan selepas ini, jangan malu dan segan untuk bertanya. Pintu bangsal cendawan kami sentiasa terbuka untuk kunjugan anda semua.

Untuk makluman kepada bakal-bakal peserta kursus di luar sana. Kursus selanjutnya ialah pada 7 Dis, 14 Dis, 20 Dis dan 28 Dis. Jom apa tunggu lagi…cepat-cepatlah mendaftar.