Friday, December 5, 2008

Puchong – 30 Nov, berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN anjuran Cendawanpuchong dengan penyertaan seramai 16 orang peserta. Kursus pada kali ini boleh dikatakan sebagai kursus muhibbah dimana telah disertai oleh 3 kelompok kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Suasana kursus sungguh meriah dengan rancaknya sesi soal dan jawap. Apapun pihak cendawanpuchong mengharapkan para peserta kursus berpuashati dengan kursus yang diberikan serta mencapai objektif masing-masing. Jika ada kemuskilan selepas ini, jangan malu dan segan untuk bertanya. Pintu bangsal cendawan kami sentiasa terbuka untuk kunjugan anda semua.

Untuk makluman kepada bakal-bakal peserta kursus di luar sana. Kursus selanjutnya ialah pada 7 Dis, 14 Dis, 20 Dis dan 28 Dis. Jom apa tunggu lagi…cepat-cepatlah mendaftar.






























Wednesday, November 19, 2008

Lapuran kursus

Puchong – Kursus tanaman cendawan anjuran oleh cendawan Puchong berjalan mengikut jadualnya. Seramai 7 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus masing-masing dengan jayanya. Kursus seterusnya adalah pada 23 Nov dan 30 Nov. Setakat ini sudah 15 orang telah mendaftar bagi kursus 23 Nov dan ia masih lagi terbuka. So, apa tunggu lagi…cepatlah mendaftar selagi tempat masih ada.