Friday, August 29, 2008

Dried Mushroom (Cendawan Kering)


Pembeli dan Pengedar diperlukan.

Dried mushroom merupakan satu produk baru dipasaran. Jika selama ini kita biasa melihat dried mushroom daripada cendawan jenis Gano, Shitake, Mitake, Button dan telinga kera, sekarang Cendawan Tiram juga doleh dikeringkan. Ini bermakna bagi mereka yang jauh, yang nak simpan lama cendawan tiram atau nak post dan export ke luar Negara bolehlah membeli dried mushroom ini.

Dari segi teknikal, cendawan segar basah ini telah melalui satu proses pengeringan air sebanyak 100%. Ini bermakna cendawan yang tinggal hanyalah cendawan asal yang masih mempunyai nutrient dan khasiat serta rasa yang sama seperti cendawan segar yang lain cuma tiada air. Ini menjadikan berat asal cendawan akan hilang sebanyak 90%. Yang tinggal hanya 10% sahaja berat cendawan tersebut.

Cara nak masak sungguh mudah. Anda hanya perlu memasukkan Dried mushroom ini kedalam masakan anda tanpa perlu direndam air terlebih dahulu. Dried mushroom ini akan mengembang secara sendiri di dalam masakan anda dengan menyerap air,minyak dan bahan perasa yang anda gunakan di dalam masakan anda. Sungguh mudahkan.

So, harga pasaran adalah RM3.50 bagi setiap bungkusan yang mempunyai kandungan berat sebanyak 25gram. Harga yang berpatutan.

Boleh tempah dengan kami dan kami akan postkan kepada anda. Kos post ditanggung oleh pembeli.

Wednesday, August 27, 2008

Lawatan Siswi UPM

Sabtu yang lepas, cendawanpuchong menerima satu kunjungan daripada student-student UPM.

4 orang kesemuanya. Ada projek paper katanya. Kebetulan pada hari yang sama saya ada kenduri kahwin adik di Puchong, tapi apa boleh buat dah hajat mereka nak datang, kami sambut la.

Lawatan singkat selama hampir 1jam 30minit sangat bermakna buat mereka. Mana tidaknya masing-masing dah macam cik-cik reporter. Soalan tak putus-putus ditanyanya. Naik semput saya nak menjawab. Apa yang mereka nak tahu macam biasalah seperti latar belakang, modal, hasil, sambutan, keuntungan dan ulasan.

Diakhir lawatan, saya membawa mereka melawat tapak perusahaan cendawan sambil memberikan beberapa penerangan kepada mereka. Sedikit ole-ole juga pihak cendawanpuchong berikan berupa beberapa beg cendawan yang dah tumbuh serta sendawan segar yang mereka petik sendiri.

Mereka kata mereka pandai masak cendawan..so boleh kot...hantam sajalah....

Akhir kata, semoga mereka berpuashati dengan lawatan singkat itu dan dapat mencapai matlamat. Jika nak datang lagi, silakan…jangan malu dan jangan segan.

Kecik tapak tangan, bangsal cendawan kami tadahkan…he he he.





Tuesday, August 26, 2008

Kursus limited edition



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi memenuhi permintaan ramai. Cendawanpuchong akan mengadakan 1 lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN pada bulan puasa (September) ini. Hanya 1 kursus sahaja dengan tawaran yang agak berbeza, lebih menarik walaupun yurannya tetap sama iaitu RM200 bagi setiap peserta.

TAWARAN “TAMBAHAN” KEPADA PESERTA KURSUS

Selain daripada Sijil Penyertaan, CD tanaman cendawan dan juga handout, pihak Cendawanpuchong ada menawarkan 2 pakej lagisecara percuma iaitu :

1) 5 Bungkah beg cendawan matang untuk dibawa pulang.

2) 2 Bungkus cendawan segar.

Tetapi bagi peserta yang Non-Muslim, makanan dan minuman turut disediakan secara percuma seperti biasa.

Jadi, buat mereka yang masih belum lagi mendaftar, diminta daftarlah segera kerana tempat terhad. Hanya 25 peserta sahaja.


Tawaran mesin MIXER & STEAMER




Thursday, August 21, 2008

MAHA 2008

Sabtu lepas, saya pergi ke MAHA. Tak jauh dari Puchong. Kira-kira 15 minit dah sampai tapi punyalah ramai manusia kat situ…fuhyoooo meriah sungguh. Matlamat saya hanya dua saja. Pertama – Nak lawat booth kawan saya C020 dimana saya dapat letakkan produk cendawanpuchong di sana. Kedua – Melawat setiap booth yang ada disamping mendapatkan seberapa banyak risalah-risalalah dan juga biz card daripada mereka yang berkaitan dengan industri asas tani ini lebih-lebih lagi berkaitan dengan cendawan. Memang tidah menghampakan dimana saya jumpa beberapa booth yang mempamerkan produk cendawan seperti Jabatan Pertanian, MOSTI, Pertubuhan Peladang dan ada la dua tiga lagi yang bergerak atas nama syarikat sendiri.

Rasa penat jangan nak citer la…haus dan lapar pon ada. Saya pergi tak lama sebab banyak lagi urusan nak dibereskan di ladang. Cuma apa yang saya boleh komen di sini MAHA memang bagus dan sesuai sebagai satu medan yang menemukan banyak perkara. Hanya dengan satu atau dua hari membelanjakan masa, anda dapat menemui berpuluh-puluh pengusaha, pembekal, pembuat, pembeli dan juga mendapat bermacam-macam info dan menemui berbagai-bagai jenis produk dan teknologi.

Disitulah idea-idea masuk berpusu-pusu, mencurah-curah sampai susah lah nak citer. Anda pergilah dan tengok sendiri. Cuma nasihat saya, datang awal pagi bukannya apa….takut dapat parking jauh je…jauh tu nak menapak. Panas pulak tu….he he he.











Tuesday, August 12, 2008

Kursus 10 Ogos 2008

PUCHONG – 10 Ogos, pihak CendawanPuchong baru sahaja selesai menjalankan kursus tanaman cendawan dengan penyertaan 12 orang peserta.
Peserta kursus pada kali ini boleh dikatakan paserta Muhibbah dengan peyertaan dari 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Satu rekod telah tercipta dalam sejarah kursus anjuran kami ini. Peserta kursus yang paling jauh datangnya daripada Sungai Siput, Perak iaitu En. Hasnunniza dan En. Abdul Malik.

Perjalanan kursus amat rancak dan banyak soalan advance dan Out of the box. Mungkin kerana ada peserta yang sudah ada ilmu cendawan atau ada juga yang sudah menjalankan biz. Cendawan. Tapi tak mengapa, ilmu yang baik haruslah dikongsi bersama. Ada juga peserta yang tak sabar-sabar untuk mengetahui banyak perkara menjangkaui agenda kursus. Semangat sebegini yang memang kami cari dan kami nanti agar kami dapat kongsikan pengalaman kami untuk peserta kursus.

Sepanjang kursus kami telah beramah mesra dengan beberapa peserta dan dari situ kami dapat berkenalan dengan EN. Wong dan juga En. Adam dengan lebih dekat dan nasib kami baik kerana mereka juga merupakan usahawan tani seperti kami tetapi lebih besar dan dahsyat gitu. En. Wong merupakan usahawan burung layang-layang (Bird Nest) yang menjalankan perniagaan ini di Rawang. Sementara En. Adam juga merupakan usahawan ternakan Lintah, Ikan Keli, Cacing dan Itik di Lenggeng N9. Fuh, terasa “kecik” beb!

Hasil perbincangan, memang mereka ini berminat dan ada hati untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka ke bidang Cendawan sebagai salah satu daripada produk pertanian mereka.

Apapaon, syabas kami ucapkan kepada semua peserta yang hadir dan kami doakan agar harapan, cita-cita dan juga impian para peserta untuk menjadi usahawan cendawan terlaksana dan berjaya. Jika kalau ada yang terlupa atau nak refresh semula, silalah menghubungi kami atau datang melawat kami di sini.

Satu lagi berita, sahabat kami iaitu En. Afzal seorang penternak Cacing telah mempelawa CendawanPuchong meletakkan beberapa produk cendawan di Booth mereka di MAHA 2008. Kelam kabut sebab tak prepare apa-apa. Jika nak lihat produk kami, datanglah ke Bangunan C, Lot C020.













Tuesday, August 5, 2008

Lapuran kursus 2 Ogos 2008

Puchong – 2 OGOS, telah berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN anjuran CendawanPuchong (CP) di ladang cendawan, kg sri aman puchong dengan penyertaan 11 orang peserta. Kali ini peserta paling jauh datangnya daripada Alor Setar Kedah iaitu Cik Maisyarah yang juga merupakan calon tunggal wanita. Jauh tu..tapi nasib baik ada saudara di Serdang, so boleh join kursus. Syabas diucapkan kepada beliau dan juga peserta-peserta yang lain kerana menyertai kursus ini dan berjaya menamatkan dengan jaya dan ceria.

Apa yang kami harapkan adalah keceriaan para peserta yang terpancar diwajah mereka kerana kepuasan tentang ilmu dan juga pengalaman yang diperolehi semasa berkursus di CendawanPuchong.

Kepada semua pembaca, kursus cendawan ini akan diteruskan lagi pada bulan OGOS ini. Kami berkemungkinan akan stop dulu kursus pada bulan September dan juga Oktober kerana memberi laluan kepada Ramadhan dan Syawal.

Insya Allah kursus akan bersambung pada bulan November nanti.

Jadi pada mereka yang masih tercari-cari, sangsi, 50-50 dan sebagainya tentang kat mana nak kursus cendawan..janganlah bertanggguh lagi…hubungi kami atau daftar ONLINE.









video



Friday, August 1, 2008

PENGUMUMAN PENTING !!

Assamualaikum dan selamat sejahtera,

Kemungkinan besar pihak CP akan stop kursus praktikal buat sementara waktu pada bulan puasa ini.

Jadi buat bakal-bakal peserta yang berminat, baru tahu, belum dapat cuti dan masih belum mendaftar, diminta daftarlah segera untuk bulan OGOS ini.

Kursus akan dibuka kembali selepas raya.

Jadual kursus bulan August 2008