Wednesday, June 25, 2008

Resepi cendawan goreng

video

Puchong – 23 Jun. Hari ini pihak cendawanpuchong telah menjemput seorang chef dari Puchong juga iaitu Chef. Zul (macam kenal je) untuk berkongsi cara-cara membuat cendawan goreng. Berdasarkan gambar-gambar yang disertakan diharapkan para pembaca mendapat kefahaman dan boleh mencubanya di rumah.

Bahan-bahannya.
1) 5 biji telur ayam yang di kacau rata.
2) Tepung Kentucky
3) Cendawan segar baru petik dari ladang

Caranya
1) Basuh cendawan dan toskan.
2) Celup cendawan ke dalam sebatian telur yang dah dikacau.
3) Gaul atau balik-balikkan cendawan ke atas tepung Kentucky
4) Masukkan kedalam kuali dan goreng sehingga garing.

Perasa Tambahan
1) Boleh buatkan sambal kicap
2) Atau sos cili dan sebagainya sebagai pencicah.

Sudah siap dan selamat mencuba…….

Lapuran kursus 21/06/2008

Puchong – 21 Jun 2008, telah berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN dengan disertai seramai 11 orang peserta. Kali ini peserta yang paling jauh datangnya dari Kemanan iaitu Dr. Nor Riah Mahamood dan Kuantan iaitu En. Subhi Shahrim. Pada kali ini juga pihak CendawanPuchong menerima penyertaan daripada kaum Tionghua iaitu Mr. Eric Chhoa dan Ms. Denise Chan.

Suasana kursus sungguh meriah dengan penglibatan aktif dari para peserta yang memang berminat serta rajin bertanyakan soalan-soalan berkenaan cendawan.

Di akhir kursus, pihak CP telah membawa para peserta ke ladang hasil dan memberi peluang kepada para peserta untuk memetik sendiri hasil secara live. Memang menyeronokkan terutama sekali apabila hasil-hasil berkenaan boleh dibawa pulang sebagai buah tangan.

Cuma agak malang, pihak CP tidak dapat merakam aksi-aksi para peserta pada kali ini disebabkan oleh ketiadaan kamera....sedih!!!

Akhir kata, diharapkan para peserta berpuashati dengan kursus yang diberikan dan pihak CP ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta dan jangan malu atau segan untuk datang atau telefon kami jika anda ada masalah atau kemuskilan. Insya Allah kami akan bantu selagi termampu dan jika ada diantara peserta yang membaca laporan ini, tolong email kat saya gambo-gambo yang anda ambil tu. Nanti saya display kat blog ini secepat yang mungkin ya.

Monday, June 16, 2008

Kursus lagi


Kursus 15 Jun 2008

Alhamdulillah, kursus pada kali ini (15 Jun) telah berjaya disempurnakan bersama dengan 11 orang peserta. Paserta yang paling jauh kali ini datangnya daripada Lawas. Sarawak iaitu Puan Christina Paulas bersama adiknya Cik Roslinda.

Kali ini juga pihak CendawanPuchong (CP) menerima kunjungan daripada peserta India iaitu Mr. Paramalingam dan juga Mr. Kalaimani. Kami juga menerima penyertaan daripada En. Hairol Sham & Pn. Norhayati (berbaju biru belang putih) bersama askar-askarnya seramai 4 orang. Sungguh meriah terutama sekali ketika proses membuat beg cendawan.

Pihak CP juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta agar berjaya kelak. Jika para peserta ada masalah, lekas-lekas lah jumpa atau hungungi kami. Kami akan bantu anda InsyaAllah.

video

Wednesday, June 11, 2008

Kursus 08/06/2008

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi seramai 13 peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus tanaman cendawan pada 8 Jun yang lalu dengan selamat dan ceria belaka.

Menurut penceramah kali ini (En. Fariz@Abu) paserta kali ini ceria-ceria belaka dan sangat aktif mengambil bahagian. Meriah la hari itu dengan gelak ketawa dan gurau senda...tapi pesan tok guru jangan lupa lak nak salin dalam buku ya.

Pada kali ini, peserta paling jauh datangnya daripada Sarawak. Tahniah kami ucapkan kepada anda yang begitu gigih datang ke CendawanPuchong bagi mendapatkan ilmu cendawan dan kami mengharapkan anda berpuashati.

Kali ini juga pihak penganjur menerima penyertaan daripada kaum india. Seramai 2 orang telah hadir (dari Nilai). Peserta majoriti pada kali ini adalah daripada Pahang (Temerloh dan Bentong). Macam berpakat je mereka ini datang beramai-ramai.

Namun begitu, pihak CP (CendawanPuchong) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta kursus dan jangan serik untuk datang melawat kami atau bertanyakan soalan-soalan kepada kami dikemudian hari. InsyaAllah kami akan bantu anda semua.

video

Tuesday, June 3, 2008

Berita CendawanPuchong

Sg. Balak Cheras, lahirnya seorang lagi usahawan cendawan hasil bimbingan dan latihan daripada CendawanPuchong. En. Johari namanya. Bermula dengan menjadi driver lori kepada seorang temannya yang ingin membeli 3000 beg cendawan di CendawanPuchong telah menarik minatnya untuk belajar menanam cendawan.

Jadi, pihak CendawanPuchong telah menawarkan kursus kepada beliau. Tamat sahaja kursus, beliau bersama 2 orang rakannya telah membina bangsal (bertukang sendiri) dan lengkap semuanya dalam 1 bangunan. Bermakna bangunannya memang besar lengkap dengan tempat simpanan habuk kayu, tempat proses, kukus, peram dan ruangan suntik. Bilik hasil juga ada. WOW!!!! Sungguh bersemangat dan gigih.

Atas kegigihan dan bersungguhnya beliau ini, maka tak sampai 1 bulan sebanyak 5,000 beg telah berjaya dihasilkan dengan 98% berjaya. Pihak CendawanPuchong kerap melawat disamping memberi lagi beberapa tunjuk ajar, cara penjagaan kualiti dan tip-tip tambahan perasa bagi meningkatkan lagi mutu dan juga produktiviti pengeluaran cendawan.

Setakat ini, Alhamdulillah. Beliau sudah mula dikenali dan telah sibuk menerima kunjungan dan lawatan individu-individu yang berminat dan yang paling syok lagi ialah harga cendawan bagi 100g ditempat beliau ialah RM2.50. Manyak syok!!!!

So, kepada sesiapa yang nak mengenali beliau atau ingin berguru dengan beliau bolehlah menghubungi terus no telefon ini : 012-263 2605.







Monday, June 2, 2008

Berita CendawanPuchong

Baru-baru ini, En. Zul dari CendawanPuchong telah melawat seorang usahawan cendawan di Kg. Limau Manis (Sepang). Namanya Puan Zaliha. Beliau ini telah membeli 300 beg cendawan daripada CendawanPuchong (CP) dan baru nak cuba-cuba belajar menanam cendawan.

Beliau tidak menggunakan bangsal sebaliknya hanya sebuah canopy (10x10) yang boleh memuatkan 1,000beg cendawan. Canopy tersebut diletakkan di bawah sepohon pokok yang besar bagi mendapatkan keredupan dan juga merendahkan suhu di dalam canopy. Memang berkesan!!! Cendawan telah tumbuh dan membuahkan hasil.

Puan Zaliha bercadang nak besarkan lagi canopy beliau jika hasil R&D beliau ini memuaskan. Jika sesiapa berminat nak lihat canopy beliau, silalah ke sana atau menghubungi beliau sendiri. 012 – 6346220 Puan Zaliha.







Kursus 01/06/2008

Ini adalah gambo-gambo peserta KURSUS CENDAWAN pada 1 June yang lalu. Alhamdulillah 11 orang peserta telah berjaya menamatkan 1 hari kursus parktikal cendawan di Cendawan Puchong.

Kali ini Cendawan Puchong (CP) menerima 2 peserta India yang begitu berminat untuk mempelajari ilmu cendawan daripada CP. Kami amat berbesar hati kerana mereka memilih CP untuk mereka datang berkursus cendawan. Peserta yang paling jauh kali ini datangnya dari Kelantan (suami isteri) dan 2 orang dari Perak. CP berharap agar para peserta berpuashati dengan kursus yang diberikan serta mendoakan agar mereka berjaya sebagai usahawan cendawan kelak.

Kepada para peserta, bila dah tamat perguruan cendawan ini...cepat-cepatlah mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan jangan tangguh sehingga sejuk kembali semangat tu. Jika ada masalah dan kekeliruan jangan malu dan segan untuk menghubungi CP. Insya Allah kami akan bantu. Tapi bab-bab berkenaan Misteri Nusantara tu...he he he...yang tu kena jumpa Ustaz-ustaz la. Apa??? Nak tau apa kebendanya Misteri Nusantara tu??? Kenalah tanya peserta yang hadir atau anda datanglah berkursus di Cendawan Puchong. Full Package kami bagi (A-Z). Gerenti puashati!!!!