Friday, December 18, 2009

Selangor Ria '09



DENGAR SINI WARGA CENDAWAN SEKALIAN

Datanglah beramai-ramai ke Selangor Ria '09 pada 19 ~ 27 Disember 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam.

Ada apa ek ??

Haaa...CendawanPuchong telah diberi ruang bagi mempromosikan cendawan disana. Kunjungi gerai kami bernombor 185 - 186.

Kami akan membina 1 unit rumah cendawan lengkap dengan beg media. Sebarang pertanyaan akan dilayan oleh pakar cendawan yang diterbangkan khas dari CendawanPuchong.

Dapatkan produk-produk cendawan terkini yang terbaik dari ladang.

Jumpa disana sana sana........

Friday, October 9, 2009

Projek 1 Kampung 1 Industri - UPDATE




Syabas dan berbanyak terima kasih buat EXCO Pertanian Selangor Tuan Haji Yaakob Sapari dan juga barisan pegawai UPENS yang sudi merealisasikan hasrat kami untuk menjadikan Tanaman Cendawan sabagai satu Pertanian Industri yang dapat menjana pendapatan penduduk kampung serta membasmi kemiskinan.

Tahniah juga kepada KERAJAAN NEGERI SELANGOR atas dana yang telah di berikan kepada kami melalui projek ini.

Alhamdulillah, setelah 3 bulan projek ini berjalan, para peserta telah menjana pendapatan antara RM650-RM750 sebulan yang pastinya tidak diperolehi sebelum ini.

Insya ALLAH akan kami garap amanah ini untuk terus menerajui projek mentor ini dan seterusnya membantu menaikkan sosio ekonomi penduduk kampung agar harapan dan cita-cita kerajaan negeri atas projek ini tercapai.

Sekarang projek mentor telah membiak ke kampung yang berdekatan. Setakat ini telah membiak ke Hulu Langat, sekitar Puchong dan juga Sg. Buloh.

Ini adalah satu petanda baik yang projek TANAMAN CENDAWAN ini boleh dijadikan sebagai salah satu projek kerajaan untuk BASMI KEMISKINAN.

SYABAS SEKALI LAGI BUAT TUAN HAJI YAAKOB SAPARI DAN JUGA PIHAK UPENS SERTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Al-Hidayah TV3 02/10/2009

video

Sunday, September 13, 2009

Lapuran Kursus di bulan Ramadhan

Puchong - 6 September 2009 berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN yang di anjurkan oleh CendawanPuchong di Ladangnya iaitu di Kampung Sri Aman, Puchong. Kursus kali ini ada 2 kelainan iaitu, ia di buat pada bulan puasa dan yang kedua telah di hadiri oleh semua bangsa iaitu Melayu, Cina dan juga India. SATU MALAYSIA lah katakan. Kehadiran kali ini cukup meriah dengan disertai seramai 20 orang peserta.

Syabas dan tahniah kepada peserta yang hadir. Almaklumlah buat peserta Melayu yang hadir, sanggup datang jauh-jauh untuk berkursus. Di bulan puasa pulak tu. RM200 sanggup dibelanja demi kursus walaupun Raya Aidilfitri dah dekat.

Tapi semangat dan minat punya pasal semua boleh jadi. Betul tak? Juga saya nak ucapkan rasa terharu buat En. Nadmin dan juga En. Aw Da Hui. Mereka ini datang dari jauh. En. Nadmin dari Pulau Pinang sementara En. Aw Da Hui dari Kuantan. Inilah yang dikatakan semangat. Semangat Cendawan namanya. Ada juga peserta dari Sabah dan Sarawak yang tak dapat hadir kerana masalah tiket dan sebagainya. Itu tidak mengapa. Anda boleh datang di lain masa ya. Sebab selepas raya nanti, saya ada buat beberapa kursus lagi. So, yang tidak berkesempatan boleh join ikut tarikh yang sesuai ya.

Suasana kursus sungguh meriah ya. banyak soalan yang di tanya sampai kering tekak saya nak jawap. Padan muka aku. sapa suruh buat kursus di bulan puasa. kek kek kek. Apapun yang pasti, saya begitu seronok berkongsi pengalaman dan juga ilmu dengan anda semua. Jadi serak suara, tersasul kata dan juga cakap terlalu laju tu harap dimaafkan lah ya.

Akhir sekali saya nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA, SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.







Wednesday, August 26, 2009

Rangkuman aktiviti

Assalamualaikum,

Lama benar rasanya saya tak update apa-apa di dalam blog saya ini. Minta maaf la jika ia mendukacitakan pembaca yang setia. Apapun bukan beerti Cendawanpuchong ini tidak beroperasi bahkan terlalu cepat dan sibuk beroperasi sehinggakan nak update pun tak sempat. Kalau nak sempatkan tu sememangnya boleh tapi bila ada kelapangan + badan yang keletihan, maka tido lah jawapannya yang paling afthal ha ha ha.

Apapapun di sepanjang bulan Jun. Julai dan Ogos ada bermacam-macam aktiviti yang Cendawanpuchong telah buat dan jalankan. Antaranya adalah :

a) Kursus Tanaman cendawan - Telah disertai seramai 45 orang peserta.
b) Penggambaran Rancangan Al Hidayah oleh TV3 (29 Julai).
c) Temuramah daripada Radio JAKIM (Usahawan Islam) (23 Julai).
d) Lawatan daripada Maktab Kerjasama Malaysia (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan hal Ehwal Pengguna).
e) Menyiapkan Projek Satu Kampung Satu Industri.
f) Lawatan daripada pelajar UPM.
g) Temuramah daripada Majalah JUTAWAN.

Oleh kerana terlalu lama tak update, maka terlalu banyak gambo nak di siarkan. So saya siarkan gambo yang terpilih je la ya.....jangan marah ha...nanti kena jual haaaaa.

















Wednesday, June 24, 2009

Majlis Penyerahan Bangsal oleh EXCO Selangor

10 June, Puchong - Berlakunya satu perasmian penyerahan bangsal cendawan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang disempurnakan oleh Tuan Hj, Yaakob Sapari (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) kepada para peserta projek.Mereka yang terpilih bagi fasa satu ini adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah yang mana pendapatan isi rumah di bawah RM1,500.

Seronok dapat duduk dan berborak dengan Tuan Hj. Yaakob kerana misi dan visinya yang cukup jelas nak membantu masyarakat di Puchong ini. Apapun ada la dua tiga saranan dan arahan yang ditujukan khas buat saya sebab dah confirm jadi mentor ni. Nak tahu apa dia cakap " Awak kena ikhlas tolong orang dan jangan nak untung saja". Aduh!!!! cukup berat rasanya amanat itu. Kena tolong orang dan kena ikhlas tu yang penting....

Insya ALLAH Tuan Haji, akan saya pegang amanat itu!!!!.








Lapuran Kursus Jun'09

Alhamdulillah, inilah dia laporan kursus tanaman cendawan pada 7 Jun. Kehadiran seramai 9 orang peserta. Pada kali ini tak sangka ada peserta kursus yang datang daripada Australia iaitu Mdm. Wong. Dia merupakan PR di sana yang mengusahakan tanaman button mushroom. Asal PJ, tapi dah lama duduk sana sampai dah lupa nak cakap melayu, so terpaksa la saya spekong omputih dengan slang jawa gitu...kui kui kui. Dia datang bercuti ke sini dan join kursus ini sebab nak cuba tanam cendawan tiram di sana.

Juga nak ucapkan terima kasih kepada Ms. Hoo yang sanggup datang dari jauh iaitu Ipoh mali dengan anak dan juga rakan-rakannya iaitu Mr. Tan, Ms. Lau dan anaknya..lupa lak namanya.

Juga terima kasih kepada peserta yang lain kerana memilih cendawanpuchong sebagai tempat anda berkursus cendawan dan saya harapkan apa yang anda idamkan tercapai di sini. Jika ada masalah jangan segan atau malu nak bertanya lagi ya....nak datang pon boleh juga..don't worry.





Wednesday, June 3, 2009

Lawatan Pelajar Lim Kok Wing

Pada 31 May yang lepas semasa kursus tanaman cendawan sedang berlangsung, Cendawanpuchong telah memberi izin kepada sekumpulan student LIM KOK WING menjalankan pengambaran bagi Final Project mereka.

Pengambaran mereka tertumpu pada bagaimana cendawan itu dihasilkan. Jadi setiap proses penghasilan cendawan semasa kursus dijalankan telah dirakam serta diulas oleh mereka macam dalam siri majalah 3 pula gayanya.

Apapun yang pasti para peserta kursus sangat gembira dengan pengambaran tersebut, malah diakhir sesi, para pelajar berkenaan kami beri kursus singkat iaitu membungkus cendawan yang kami nak jual petang tu juga he he he. Dapat free labor petang tu...kui kui kui.

So, kepada pelajar LIMKOKWING tadi, apabila siap je semuanya tolong le bagi saya 1 copy. Kami nak tengok muka kami dalam pengambaran tu..ada hensem ka? kek kek kek.

So, terima kasih buat Aliza, Norhida, Nur Fairuz, Noraini dan Syakimah.






Lapuran Kursus 16 & 31 May '09

Assalamualaikum,

Puchong - Laporan KURSUS TANAMAN CENDAWAN bagi sesi 16 May dan 31 May. Seramai 13 orang peserta telah mengikuti kursus ini dan yang paling jauh datangnya daripada Singapura, Ipoh mali dan Terengganu. Alhamdulillah, kursus ini telah berjaya di laksanakan dengan lancar dan penuh ceria.

Jadi kepada mereka yang masih ada minat tetapi tak sempat atau tak pasti nak kursus di mana, sila lah daftar kursus segera. Kekosongan masih ada untuk 7 jun. Setakat ini 12 orang telah mendaftar.








Wednesday, May 20, 2009

Lapuran kursus May'09

Alhamdulillah, inilah dia laporan kursus TANAMAN CENDAWAN pada 3 dan 16 May di Puchong, Selangor. Kehadiran peserta kursus amat memberangsangkan iaitu seramai 14 orang kesemuanya.

Suasana kursus sungguh meriah terutama ketika sesi membuat beg kerana ada beberapa beg telah "Meletup" gara-gara peserta syok menghentak beg. Apa tah lagi di sahut oleh peserta lain yang melatah. manyak syok wooooo.

Juga semasa sesi menuai hasil, paling seronok bila dapat memetik hasil cendawan dengan banyaknya. Dah petik, pastu packing dan bawak balik. hari kursus adalah percuma....kalau hari lain..ehem ehem...RM10 sekilo.

so, kursus seterusnya adalah pada 31 May ini. Sudah ada 10 peserta yang telah mendaftar. So, tempat masih ada kosong lagi....so jangan bertangguh. Sila SMS nama anda untuk pendaftaran ke no 019-207 1743 (zul).