Wednesday, July 30, 2008

Kursus 26/07/2008

CENDAWAN PUCHONG – 26 July, berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN anjuran cendawanpuchong dengan penyertaan seramai 18 orang peserta. Pada kali ini, peserta yang paling jauh datangnya daripada Kudat, Sabah iaitu Hj. Makbal dan Kuching, Sarawak iaitu En. Musa Baharom. Manakala di semenanjung pula reserta dari dari Hulu Terengganu, Masai dan Ipoh adalah seperta yang paling jauh datang berkursus di Puchong ini.

Pihak CP juga menerima kunjungan daripada 2 pelajar master dari UPM iaitu Ms. Siew Bee dan Ms. Fanny.

Perjalanan kursus lancar dan padat dengan soal jawab dan juga perbincangan. Rata-rata yang datang bukan sembarangan peserta. Ada yang sudah lama mengusahakan produk asas tani yang lain atau juga merupakan ahli perniagaan yang datang ke sini semata-mata untuk menambah ilmu dan juga mendalami Ilmu Cendawan dengan harapan, perusahaan ini boleh dijadikan sumber baru menambah pendapatan atau sebagai perniagaan baru yang boleh mendatangkan keuntungan.

Namun begitu, ada juga peserta yang terdiri daripada Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi. Datang ke CP untuk mencari ilmu cendawan dan mungkin akan menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya kepada mereka.

Apapun tujuan dan matlamat seperti di atas adalah merupakan asas utama mengapa mereka datang berkursus di cendawanpuchong dan kami sebagai pihak penganjur amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan untuk mengajar mereka dan Insya Allah akan kami tunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Juga kepada para peserta kursus, kami ingin beritahu anda bahawa ladang kami sentiasa terbuka untuk dilawati atau dikunjungi. Jika anda ada kemuskilan dan juga masalah berkenaan teknik dan juga input yang telah kami ajarkan, janganlah malu menghubungi kami atau datang berjumpa kami. Insya Allah kami akan bantu anda.

Kursus seterusnya adalah pada 2 Ogos dan pendaftaran masih lagi dibuka. Setakat ini 11 orang peserta telahpon mendaftar.





video


Tuesday, July 22, 2008

Kursus 19/07/2008

video

CENDAWAN PUCHONG – 19 July, berlangsungnya satu lagi kursus cendawan anjuran CendawanPuchong dengan penyertaan 4 orang peserta. Peserta yang paling jauh kali ini datangnya daripada Sitiawan Perak. Bertolak dari sana jam 4 pagi drive sendiri ke Puchong. Fuh!! Sungguh bersemangat peserta ini. Dengar khabar merupakan seorang usahawan yang berjaya. En. Ahmad Baki namanya.

Kami juga menerima penyertaan daripada Datin Nurhashikin dan kami berharap Datin puas hati dengan kursus yang diberikan.

Di sini pihak CendawanPuchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang datang dan menyokong usaha kami dalam melahirkan ramai usahawan Cendawan yang berjaya.

Disini pihak kami sertakan nama peserta kursus yang hadir pada hari tersebut

1. Datin Nurhashikin – KL
2. En. Ahmad Baki – Sitiawan Perak
3. En. Selihin – Puchong S’ngor
4. En. Mohammad Azmin – Seri Kembangan S’ngor

Semoga anda puashati dan Selamat Maju Jaya. Jika ada kemuskilan sila call kami dan kami akan bantu anda. Insya Allah.

Wednesday, July 16, 2008

Kursus 13/07/2008

video

PUCHONG – 13 July, berlangsungnya satu lagi Kursus Tanaman Cendawan anjuran CendawanPuchong @ Mofamag Resources dengan penyertaan seramai 6 orang peserta. Jika di kira sepatutnya 9 orang akan hadir tetapi 3 peserta tak dapat datang atas kesulitan yang tak dapat dielak dan minta ditunda ke minggu depan. Suasana kursus sungguh meriah walaupun bilangan peserta tak seramai seperti yang lepas-lepas tetapi para peserta sangat happy kerana ruang perbincangan terbuka luas dan lebih banyak soalan dan kemuskilan yang berlegar di dalam minda dapat di tanyakan terus kepada kami. Alhamdulillah kursus kali ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Syabas kepada peserta kursus yang hadir. Semoga semangat anda untuk menaman cendawan dan menjadi usahawan cendawan terus membara dan kami pihak CP ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk semua. Boleh!!! Boleh!!! Boleh!!!.

Kursus selanjutnya adalah pada 19 July (Sabtu), 26 July (Sabtu) dan 2 Ogos (Sabtu). Untuk makluman, tarikh asal kursus bagi bulan Ogos adalah pada 3 Ogos (Ahad) dan telah diubah kepada 2 Ogos.

Monday, July 7, 2008

Lapuran kursus 29/06/2008

video

Ahad 29 Jun dan 6 July, berlangsungnya Kursus Tanaman Cendawan anjuran MofamagResources @ CendawanPuchong. Pada kali ini seramai 21 peserta telah berjaya menghadirkan diri. Suasana kursus sungguh meriah dan peserta yang paling jauh datangnya daripada Sibu, Sarawak. Perjalanan kursus sangat lancar dan para peserta sungguh berminat dan aktif mengambil bahagian. Pada kali ini, para peserta diberi kesempatan untuk masuk ke bangsal hasil dan seterusnya berpeluang memetik hasil cendawan yang ada. Seterusnya mereka diajarkan memotong akar, pembungkusan dan yang paling menariknya hasil yang dipungut tadi boleh dibawa balik sebagai ole-ole daripada pihak penganjur. Nanti bolehlah buat cendawan goreng dirumah.

So, kepada mereka yang masih lagi teragak-agak kat mana nak berkursus cendawan, janganlah berlengah lagi…hubungi le kami.
Anda pasti puas hati……