

Ini adalah gambar peserta pada 20 Jan..@ semalam daaaaaaaa.
Seramai 16 orang telah mengikuti kursus ini. Termasuk seorang peserta Tionghua dari kajang yang datang untuk belajar menamam cendawan sebagai persediaan sebelum bersara nanti. Kerjasama dari semua peserta hangat sekali dan banyak juga soalan-soalan bonus dilontarkan kepada saya tetapi alhamdulillah telah dapat dijawab dengan jayanya. Rata-ratanya mempunyai minat yang amat mendalam dan ada juga yang sudah bawa plan rumah cendawan untuk ditunjukkan kepada saya. Ada juga yang minta saya carikan tukang buat rumah cendawan, tetapi itu semuanya beres kerana setiap kali kursus, tukang buat rumah cendawan juga akan turut serta memberi penerangan tentang rumah cendawan serta kos membinanya. Jadi jika ada yang teringin nak membina rumah cendawan tetapi tak pasti mana nak cari tukang, jumpalah saya ya. Ada juga yang rancang nak beli beg cendawan sampai beribu-ribu “lemon”. Nampak gaya saya terpaksa lupakan hasrat untuk jual cendawan tetapi bertukar kepada menjual beg cendawan ha ha ha…
OK, kursus penutup untuk bulan Januari ini adalah pada 26 hb (Sabtu) dan pendaftaran masih lagi dibuka. Setakat ini, seramai 10 orang telah mendaftar. Kepada yang berminat, silalah hubungi saya atau pengurus ladang (En. Abu) untuk mendaftar dan membooking tempat ya. Kursus ini memang menekankan 100% praktikal dan ia dibuat di kawasan penanaman cendawan. Maka ia lebih real dan juga lebih nampak apa yang terdapat disitu. Boleh datang ambil gambar dan sebagainya. Disana para peserta akan diberi peluang untuk merasa, melihat dan mempraktikan sendiri bagaimana nak tanam cendawan serta membuat beg cendawan dari proses bancuhan, buat beg, kukus, menyuntik benih, peram, menuai hasil serta membungkus. Selain itu, para peserta juga akan dibekalkan dengan CD tanaman cendawan, handout serta sijil dan makan percuma hanya dengan yuran sebanyak RM200. Murah dan berbaloikan?
Jadi apo tunggu laie?
Inilah dia gambar peserta kursus yang sempat diambil. Seramai 21 orang telah hadir dan berjaya menamatkan kursus intensif selama sehari walaupun hujan renyai pada sebelah petangnya. Terima kasih kepada para peserta kursus yang datang dari jauh dan dekat dengan satu tujuan iaitu ingin menambah ilmu tentang tanaman cendawan. Semoga dengan pengetahuan dan pengalaman praktikal yang ada, dapat membakar semangat peserta kursus untuk berkecimpung dalam projek tanaman cendawan ini dan bergelar usahawan.
Harapan kami dari Cendawan Tiram Puchong, semoga target anda semua success dan berkembang maju.