Wednesday, January 9, 2008

Sempena Ma'al Hijrah

Salam sahabat secendawan sekalian,

Selamat Ma'al Hijrah...semoga tahun yang mendatang akan menjadikan kita insan yang lebih berjaya didalam merebut peluang dari setiap rezeki yang telah disediakan olehNya.

Dengan tibanya tahun 1429H, kami CendawanPuchong mengorak setapak lagi kehadapan dengan kemunculan VCD Teknik Asas Tanaman Cendawan Tiram Kelabu.
VCD ini mengandungi step by step instruction bermula dari penyediaan beg media hinggalah membungkus hasil cendawan dan setiap instruction akan disusuli dengan rakaman video yang disunting dari beberapa sesi kursus yang telah kami anjurkan.

Atau dengan kata lain, memiliki VCD ini sama seperti anda menghadiri kursus intensif yang kami anjurkan.

Siapa yang perlu memiliki VCD ini :

1) yang kesuntukan masa untuk menghadiri Kursus Intensif
2) yang pernah menghadiri kursus - untuk dijadikan refresher
3) yang ingin memulakan projek secara percubaan
4) yang nak usha line dulu
5) yang ingin menambah ilmu pertanian
6) atau saje nak tambah koleksi vcd....hehehe

Pakej yang kami tawarkan :

1 VCD Teknik Asas
Handout - Manual Instruction
Khidmat nasihat - handphone kami sentiasa "on" untuk menjawab segala kemusykilan

Harga kami : RM 40.00 termasuk belanja pos

Sedikit sedutan dari VCD tersebut sebagai pengenalan.



No comments: