Thursday, March 13, 2008

Lawatan Bersejarah

Pada 12 Mac 2008, ladang Cendawan Puchong telah menerima satu junjungan merisik daripada Pegawai-pegawai Pertanian Daerah yang diketuai oleh Cik Yanti (cun orangnya) bersama 2 lagi pegawai iaitu En. Emi Faizal dan En. Mohd Asmi. Kunjungan susulan ini merupakan satu kunjungan untuk menilai dan melihat sendiri perjalanan projek tanaman cendawan di daerah petaling ini. Di samping itu, mereka ini akan menilai apakah bentuk-bentuk bantuan yang boleh dibuat oleh pihak jabatan bagi membantu para pengusaha seperti kami ini untuk terus maju dan berjaya dalam projek berkenaan.

Bagi kami, pihak Cendawan Puchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan pihak Jabatan Pertanian di atas layanan dan juga lawatan tersebut di samping menunggu manalah tau ada juga peruntukan-peruntukan untuk projek kami ini he he he.







1 comment:

Tani Lestari Enterprise said...

wah ini sudah bagus...semoga berkembang lagi Cendawan Puchong ..he he he..ada kursus kat Bukit Raja..Kursus Menghasilkan Produk-Produk Berasaskan Cendawan
oleh Puan Zainon..

http://mutiara-mushroom.blogspot.com/2008/03/kursus-menghasilkan-produk-produk_11.html