Wednesday, July 30, 2008

Kursus 26/07/2008

CENDAWAN PUCHONG – 26 July, berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN anjuran cendawanpuchong dengan penyertaan seramai 18 orang peserta. Pada kali ini, peserta yang paling jauh datangnya daripada Kudat, Sabah iaitu Hj. Makbal dan Kuching, Sarawak iaitu En. Musa Baharom. Manakala di semenanjung pula reserta dari dari Hulu Terengganu, Masai dan Ipoh adalah seperta yang paling jauh datang berkursus di Puchong ini.

Pihak CP juga menerima kunjungan daripada 2 pelajar master dari UPM iaitu Ms. Siew Bee dan Ms. Fanny.

Perjalanan kursus lancar dan padat dengan soal jawab dan juga perbincangan. Rata-rata yang datang bukan sembarangan peserta. Ada yang sudah lama mengusahakan produk asas tani yang lain atau juga merupakan ahli perniagaan yang datang ke sini semata-mata untuk menambah ilmu dan juga mendalami Ilmu Cendawan dengan harapan, perusahaan ini boleh dijadikan sumber baru menambah pendapatan atau sebagai perniagaan baru yang boleh mendatangkan keuntungan.

Namun begitu, ada juga peserta yang terdiri daripada Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi. Datang ke CP untuk mencari ilmu cendawan dan mungkin akan menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya kepada mereka.

Apapun tujuan dan matlamat seperti di atas adalah merupakan asas utama mengapa mereka datang berkursus di cendawanpuchong dan kami sebagai pihak penganjur amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan untuk mengajar mereka dan Insya Allah akan kami tunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Juga kepada para peserta kursus, kami ingin beritahu anda bahawa ladang kami sentiasa terbuka untuk dilawati atau dikunjungi. Jika anda ada kemuskilan dan juga masalah berkenaan teknik dan juga input yang telah kami ajarkan, janganlah malu menghubungi kami atau datang berjumpa kami. Insya Allah kami akan bantu anda.

Kursus seterusnya adalah pada 2 Ogos dan pendaftaran masih lagi dibuka. Setakat ini 11 orang peserta telahpon mendaftar.






No comments: