Tuesday, January 22, 2008

Re-post : Kursus untuk bulan February 2008

Sebagai kesinambungan Kursus Intensif Cendawan Tiram Puchong, berikut tarikh kursus bagi bulan February 2008.



Suasana kursus 20/01/2008

Salam,

Ini adalah gambar peserta pada 20 Jan..@ semalam daaaaaaaa.

Seramai 16 orang telah mengikuti kursus ini. Termasuk seorang peserta Tionghua dari kajang yang datang untuk belajar menamam cendawan sebagai persediaan sebelum bersara nanti. Kerjasama dari semua peserta hangat sekali dan banyak juga soalan-soalan bonus dilontarkan kepada saya tetapi alhamdulillah telah dapat dijawab dengan jayanya. Rata-ratanya mempunyai minat yang amat mendalam dan ada juga yang sudah bawa plan rumah cendawan untuk ditunjukkan kepada saya. Ada juga yang minta saya carikan tukang buat rumah cendawan, tetapi itu semuanya beres kerana setiap kali kursus, tukang buat rumah cendawan juga akan turut serta memberi penerangan tentang rumah cendawan serta kos membinanya. Jadi jika ada yang teringin nak membina rumah cendawan tetapi tak pasti mana nak cari tukang, jumpalah saya ya. Ada juga yang rancang nak beli beg cendawan sampai beribu-ribu “lemon”. Nampak gaya saya terpaksa lupakan hasrat untuk jual cendawan tetapi bertukar kepada menjual beg cendawan ha ha ha…

OK, kursus penutup untuk bulan Januari ini adalah pada 26 hb (Sabtu) dan pendaftaran masih lagi dibuka. Setakat ini, seramai 10 orang telah mendaftar. Kepada yang berminat, silalah hubungi saya atau pengurus ladang (En. Abu) untuk mendaftar dan membooking tempat ya. Kursus ini memang menekankan 100% praktikal dan ia dibuat di kawasan penanaman cendawan. Maka ia lebih real dan juga lebih nampak apa yang terdapat disitu. Boleh datang ambil gambar dan sebagainya. Disana para peserta akan diberi peluang untuk merasa, melihat dan mempraktikan sendiri bagaimana nak tanam cendawan serta membuat beg cendawan dari proses bancuhan, buat beg, kukus, menyuntik benih, peram, menuai hasil serta membungkus. Selain itu, para peserta juga akan dibekalkan dengan CD tanaman cendawan, handout serta sijil dan makan percuma hanya dengan yuran sebanyak RM200. Murah dan berbaloikan?

Jadi apo tunggu laie?












Monday, January 21, 2008

Suasana kursus 13/01/2008

Salam sahabat sepercendawanan,

Inilah dia gambar peserta kursus yang sempat diambil. Seramai 21 orang telah hadir dan berjaya menamatkan kursus intensif selama sehari walaupun hujan renyai pada sebelah petangnya. Terima kasih kepada para peserta kursus yang datang dari jauh dan dekat dengan satu tujuan iaitu ingin menambah ilmu tentang tanaman cendawan. Semoga dengan pengetahuan dan pengalaman praktikal yang ada, dapat membakar semangat peserta kursus untuk berkecimpung dalam projek tanaman cendawan ini dan bergelar usahawan.

Harapan kami dari Cendawan Tiram Puchong, semoga target anda semua success dan berkembang maju.















Wednesday, January 9, 2008

Sempena Ma'al Hijrah

Salam sahabat secendawan sekalian,

Selamat Ma'al Hijrah...semoga tahun yang mendatang akan menjadikan kita insan yang lebih berjaya didalam merebut peluang dari setiap rezeki yang telah disediakan olehNya.

Dengan tibanya tahun 1429H, kami CendawanPuchong mengorak setapak lagi kehadapan dengan kemunculan VCD Teknik Asas Tanaman Cendawan Tiram Kelabu.
VCD ini mengandungi step by step instruction bermula dari penyediaan beg media hinggalah membungkus hasil cendawan dan setiap instruction akan disusuli dengan rakaman video yang disunting dari beberapa sesi kursus yang telah kami anjurkan.

Atau dengan kata lain, memiliki VCD ini sama seperti anda menghadiri kursus intensif yang kami anjurkan.

Siapa yang perlu memiliki VCD ini :

1) yang kesuntukan masa untuk menghadiri Kursus Intensif
2) yang pernah menghadiri kursus - untuk dijadikan refresher
3) yang ingin memulakan projek secara percubaan
4) yang nak usha line dulu
5) yang ingin menambah ilmu pertanian
6) atau saje nak tambah koleksi vcd....hehehe

Pakej yang kami tawarkan :

1 VCD Teknik Asas
Handout - Manual Instruction
Khidmat nasihat - handphone kami sentiasa "on" untuk menjawab segala kemusykilan

Harga kami : RM 40.00 termasuk belanja pos

Sedikit sedutan dari VCD tersebut sebagai pengenalan.



Friday, January 4, 2008

Sekitar kursus 29 Disember 2007

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram yang diadakan pada 29 Disember 2007 boleh la dikatakan kursus penutup tirai bagi tahun 2007. Sesuai dengan gelaran kursus penutup tirai..maka sudah pastilah terbayang di fikiran akan suatu situasi yang meriah, gamat dan ceria.

Itulah suasananya apabila seramai 18 orang peserta menghadirkan diri mengikuti kursus yang merupakan passport bagi mereka untuk menjadi ahli komuniti percendawanan.

Lihatlah aksi-aksi sebahagian dari peserta sewaktu menjalani kursus.












Tuesday, January 1, 2008

Selamat Datang 2008

Azam tahun baru ??
Soalan lazim setiap kali munculnya tahun baru. Tercapai ke tidak azam tu blakang kira...yang penting bila orang tanyer kita boleh bagi 1~2 azam yang agak logik.

Bagi CendawanPuchong azam tahun baru kami tetap sama...sama seperti azam kami sewaktu mula2 terjun ke dunia percendawanan ini...

"Mengujudkan Komuniti Usahawan Cendawan Tiram yang Innovatif dan Berdaya Maju"

Seperti usahawan2, petani2, peniaga2 yang lain... kami juga mempunyai unjuran / target untuk tahun 2008. Action plan dah ada tapi tak boleh la di bentangkan disini...rahsia syarikat...hehehe

Secara kasarnya ada beberapa matlamat yang ingin kami capai sepanjang 2008

Antaranya :

1 - melahirkan seramai mungkin usahawan cendawan tiram
2 - menambahbaik modul kursus
3 - meningkatkan quality cendawan tiram / bongkah cendawan
4 - mencari, mengkaji, merumus kaedah melawan virus cendawan eg: kulat hijau
5 - menambah bangsal cendawan supaya pengeluaran boleh dipertingkatkan

Dengan action plan yang sistematik dan displin yang tinggi, kami yakin setiap unjuran akan dapat dicapai dan seterusnya akan menambah seri Dunia Percendawanan Negara.

Selamat Tahun Baru 2008