Showing posts with label satu kampung satu industri. Show all posts
Showing posts with label satu kampung satu industri. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Majlis Penyerahan Bangsal oleh EXCO Selangor

10 June, Puchong - Berlakunya satu perasmian penyerahan bangsal cendawan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang disempurnakan oleh Tuan Hj, Yaakob Sapari (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) kepada para peserta projek.Mereka yang terpilih bagi fasa satu ini adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah yang mana pendapatan isi rumah di bawah RM1,500.

Seronok dapat duduk dan berborak dengan Tuan Hj. Yaakob kerana misi dan visinya yang cukup jelas nak membantu masyarakat di Puchong ini. Apapun ada la dua tiga saranan dan arahan yang ditujukan khas buat saya sebab dah confirm jadi mentor ni. Nak tahu apa dia cakap " Awak kena ikhlas tolong orang dan jangan nak untung saja". Aduh!!!! cukup berat rasanya amanat itu. Kena tolong orang dan kena ikhlas tu yang penting....

Insya ALLAH Tuan Haji, akan saya pegang amanat itu!!!!.








Thursday, April 23, 2009

Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Industri

19 APRIL, PUCHONG – Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana segala usaha saya bersama rakan-rakan seperjuagan selama 1 minggu lebih kami bertungkus-lumus menyiapkan tapak majlis telah membuahkan hasil. Hari ini, 19 April telah tercipta satu lembaran sejarah buat Cendawanpuchong kerana terlancarnya satu Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Industri oleh YB. TUAN HJ. YAAKOB SAPARI (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor). Majlis ini merupakan satu titik tolak kepada perubahan yang akan dibuat di kampung Sri Aman Puchong ini di mana kampung ini telah dicanangkan sebagai kampung contoh bagi perlaksanaan “Program Satu Kampung Satu Industri” bagi TANAMAN CENDAWAN. Ini merupakan satu usaha kerajaan negeri dalam program membasmi kemiskinan serta menambah pendapatan penduduk kampung.

Memandangkan Kg. Sri Aman yang terletak begitu hampir dengan Bandar serta kawasan perumahan seperti Bandar Puchong, PJ, Shah Alam, USJ, Sri Kembangan dan sebagainya menyebabkan ianya begitu strategic dari segi kedudukan serta pemasaran. Dengan keluasan tanah yang agak terhad, maka projek Tanaman Cendawan ini merupakan projek yang paling sesuai untuk dilaksanakan di kampung ini. Setakat ini sambutan ke atas produk cendawan tidak pernah mengecewakan malah sentiasa hangat serta tidak mencukupi.

Semasa ucapan perasmian, ada banyak kata-kata “keramat” daripada YB yang menyuntik “Semangat” kami antaranya ialah:

1) Jika nak berjaya kena tumpu pada satu bidang/industri sahaja. Jadi pakar serta kuasai teknologinya…Insya ALLAH akan berjaya.
2) Mesti ada sikap suka menolong orang lain dan ada semangat nak bantu mereka yang memerlukan kepakaran kita.
3) Tak ada beza antara orang Melayu, Cina dan India…yang penting ada kemahuan,gigih serta semangat nak berjaya
.

Sambutan ke atas majlis pelancaran program ini sungguh menggalakkan. Kehadiran kira-kira 400 penduduk. Kami hanya mensasarkan sekitar 300 orang sahaja. Jadi makanan tak cukup he he he. Minta maaf lah ya. Hidangan makanan ini kami import daripada Abg. Din Hulu Langat@CendawanLangat. Menu masakan adalah berasaskan cendawan. Fuh!!! Sedap gila sehingga YB kata, perlu di ketengahkan dan tolong jadikan sebahagian daripada produk kampung. Antara menu masakannya adalah Nasi goreng udang cendawan, sup cendawan meletup, samosa cendawan, popia cendawan dan juga cendawan crispy.

Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengah hari, majlis pun selesai. Maka selesailah sudah “UJIAN” pertama kami ini. So, terima kasih buat teman-teman seCendawan dan seKeli kerana sama-sama menjayakan program ini. Ujian pertama kita sudahpun selesai, akan menyusul ujian baru pula…so bersedialah. BOLEH!!! BOLEH!!! BOLEH!!!



























































Wednesday, April 15, 2009

Pilot Projek - Satu Kg. Satu Industri

Puchong – Pada 8 April saya telah dipanggil oleh pihak UPENS (Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor) untuk hadir ke satu sesi taklimat dan perbincangan di SUK Shah Alam berkenaan Program Keusahawanan iaitu Projek Satu Kampung Satu Industri. Dalam projek ini Cendawanpuchong telah diberi mandat untuk menjadi Mentor dan juga Anchor bagi menjayakan projek tersebut. Kampung Sri Aman Puchong telah disebut sebagai “Pilot Projek” di mana seramai 10 – 100 penduduk kampung yang terdiri daripada golongan miskin atau berpendapatan rendah di pelawa menyertai projek tersebut. Ia adalah satu program Kerajaan Negeri bagi membasmi kemiskinan serta menambah pendapatan golongan sasaran.

Emmmmm nak kata apa….terkejut ada..nak kerkucil pon ada….bak kata si Sudin dalam filem pendekar bujang lapok…”masuk kali ini sudah 7 kaliiiiiiiii…

Balik saja, saya terus panggil semua pengusaha-pengusaha cendawan yang bernaung di bawah cendawanpuchong. Buat mesyuarat dan saya bacakan berita serta amanat ini. Alhamdulillah, mereka semua nak support saya. Ia bukan satu kerja yang mudah tapi penuh dengan rasa tanggungjawab. Mana tidaknya, jika ada 10 peserta, maka saya kena binakan 10 bangsal, supply beg media 50,000 setiap bulan, pantau lagi dan yang penting beli semula hasil. Nasib baiklah saya sudah dapat tapak berniaga di Pasar Borong Selangor. Insya ALLAH dalam bulan ini group cendawanpuchong akan mula berniaga cendawan segar di PASAR BORONG SELANGOR……datang jangan tak datang.

Kepada semua pembaca, doakan kami berjaya dalam misi terbaru kami ini……….amin.

OK, drebar lori dah panggil...nak sambung kerja-kerja mengemas bangsal...maklumlah 19 April 2009 (Ahad nie) EXCO SELANGOR (YB Tuan Hj. Yaakob Sapari) nak datang dan merasmikan projek ini diladang cendawan saya....maut kalau macam nie...kena kemas beb...bangsal dah macam tongkang pecah!!!!! Hua wa wa waaaaaaaa.........................