Tuesday, March 3, 2009

Penat tapi berbaloi...

Alhambulillah, pada 28 Feb dan 1 Mac, Cendawanpuchong@CP telah berjaya membuat 2 penghantaran beg media peram ke dua tempat berasingan iaitu ke Matang, Taiping Perak sebanyak 5,200 beg dan Sepangnyol@sepang sebanyak 1500 beg. Sangat penat…bukan main-main punya penat. Ini betul-betul punya penat nie. Mana tak penat, dalam 1 minggu ini kami kena pilih beg dan susun. Tak boleh terus bungkus dalam plastic kerana boleh melemaskan beg. Setelah disusun, kami kena kira. Lagi 3 hari baru packing. Masa packing, kami pilih lagi yang betul-betul OK. Pasti susun dan kira ada berapa bungkus. Setiap bungkus ada 10 beg peram. Dalam masa yang sama, kami kena confirmkan dulu lori serta kosnya. Contact pembeli untuk settlement baki kos yang perlu di bayar. Masa lori datang terus loading. Jika ada 6,700 beg bermakna kami perlu loading sebanyak 670 beg yang setiap satunya seberat hampir 10kg. Penat woooooooooooooooooooooo.

Namun, disebalik kepenatan dan keletihan itu terpamir senyuman tanda kepuasan. Puas hati kerana dapat commit due date yang customer minta. Puas hati kerana tak banyak beg yang rosak dan reject. Puas hati kerana dapat duit yang banyak dalam masa yang singkat. Jumlah jualan mencecah RM10,000. Mana beg yang matang tapi ada reject kecil, kami masuk terus ke bangsal hasil untuk sendiri punya hasil. Al maklumlah pasar raya yang kami hantar tu, hari-hari nak 5-7kg. Kedai Tom yam lagi. Kadang-kadang orang kampung datang nak beli. So, stok cendawan kena selalu ada.

Pada 1 Mac pula ada buat kursus tanaman cendawan. Seramai 11 peserta telah hadir....laporan lanjut akan terbit esok.










Friday, February 27, 2009

Lawatan dari Agensi Kerajaan

Dalam bulan ini sahaja cendawanpuchong telah menerima 4 kali kunjungan besar daripada pihak kerajaan dan juga persatuan iaitu :

1) Lawatan daripada Pegawai – pagawai MECD.
2) Lawatan daripada Pengarah dan pegawai SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
3) Rombongan Lawatan daripada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Negeri, MARA, Belia 4B, Kementerian Belia & Sukan dan Jab. Vaterinar.
4) Lawatan daripada Koperasi Integrasi Nasional & Tamilan Uthavum Karangkal.

Dalam lawatan tersebut, terkandung banyak topic perbincangan dan juga saranan serta peluang-peluang yang boleh CP kecapi. Apapun yang pasti pihak CP semakin sibuk la dengan jadual yang ketat. Al maklum lah due date beg cendawan peram dah dekat, order beg baru semakin bertambah, nak layan tetamu lagi dan mesyuarat Koperasi pula. Memang tak cukup tangan la boleh dikatakan. Pegawai kami, En. Fariz@Abu sampai mengadu pada saya “Nak buang air pun tak sempat” kena tahan sampai senak. Fuh kesian sungguh. Tapi apakan daya, syarikat tengah nak naik nie kenalah berkorban besar sikit.

Besok manalah tahu kalau dah stabil barulah boleh rehat sedikit. Tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia sapa yang tahu. Apa yang penting “KERJASAMA”. Seperti kata dalam cerita “Wonder Pet” dan memang kami selalu nyanyikan lagu ni. Jom kita nyanyi sama-sama : “Kami tak kuat dan kami tak besar. Bekerjasama semua jadi mudah. Apa yang penting kerjasama” – 2 kali. Pandai.............................................................................................................































Sekitar Kursus February 2009

Puchong – 26 Feb, melaporkan aktiviti cendawanpuchong iaitu KURSUS TANAMAN CENDAWAN kali ke berapa hah? Sorry tak ingat…Cuma kalau ikut senarai daftar peserta yang dah datang berkursus sudah mencecah 500 orang dah nie. Kali ini penyertaan datangnya daripada kawan-kawan sekerja saya di SONY. Mereka datang berkursus sebagai persediaan. Al maklumlah ekonomi gawat, so banyak VSS sana sini…jadi mereka kata kat sector pertanian ni tak akan gawat. Kalau gawat pon lambat terasa kesannya. so bolehlah tanam cendawan bila dapat duit VSS katanya. Apapun itu pendapat mereka…bagai mana pula dengan pendapat anda ? Betul ke ?

Kursus pada 1 Mac masih lagi dibuka dan kami masih lagi menerima kemasukkan peserta-peserta yang berminat. So, apa tunggu lagi......









Thursday, February 19, 2009

Tuesday, February 3, 2009

Lapuran Kursus Januari 2009

3 Feb, Puchong – Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog. Akhirnya berjaya juga saya meng ’update’ blog ini. Disini saya senaraikan nama para peserta yang telah hadir KURSUS TANAMAN CENDAWAN disepanjang bulan Januari hingga 1 Feb’09 dan berjaya menamatkannya dengan jayanya. Syabas buat para peserta dan pada kali ini saya menerima responds yang sangat baik daripada para peserta dimana hasil maklumat mereka saya telah dikunjungi dengan lebih ramai lagi oleh mereka-mereka yang berminat nak melihat sendiri bagaimana cendawan itu ditanam atau dihasilkan. Ada juga beberapa peserta yang agresif dimana apabila mereka balik sahaja ke rumah dan terus membina bangsal cendawan dan juga rak-rak cendawan ‘percubaan’ dan seterusnya menempah beg-beg media daripada cendawanpuchong untuk start menanam cendawan. Semoga berjaya saya ucapkan. Jika ada masalah, jangan malu atau segan untuk hungungi saya. Insya ALLAH pihak cendawanpuchong akan membantu selagi termampu.

So, kursus seterunya adalah pada 8 Feb, 15 Feb dan 21 Feb. Jemput mendaftar jika ada yang minat dan khabo – khabo le kek teman yang lain ya……..