Friday, March 27, 2009

Taklimat Keusahawanan SKM

19 Mac’09 – Khamis lepas, pihak kami (CendawanPuchong), seramai 3 (En.Zul, En. Fariz@Abu dan En.Daniel) telah berlepas dengan ke Kuala Terengganu atas jemputan Suruhanjaya Koperasi Malaysia@SKM (K.Terengganu) untuk memberikan taklimat kepada koperasi-koperasi seluruh negeri Terengganu tentang Keusahawanan dan Prospek dalam Industri Tanaman Cendawan. Fuh!! Jauh betul….dari Puchong kami bertolak jam 4pagi dengan kenderaan 4 roda kami dan tiba di sana jam 11pagi. Ada la 2 kali berhenti. Solat subuh dan juga sarapan pagi. Ini kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke K.Terengganu. Kali pertama pada tahun 2003. Saya dan isteri datang ke Pasar Payang beli kain batik sutera. Masa tu Honeymoon. Dah lama dah...........Kini di Pasar payang dah ada 1 bangunan baru dan besar pula. Mereka kata Pasar Payang Baru. Jalanpun dah sesak juga.

Setibanya disana, kami dijemput ke dewan dan sama-sama mendengar taklimat daripada syarikat-syarikat lain iaitu berkenaan Cili Fertigasi dan juga Makanan Kesihatan Homeopathy. Semuanya produk Bumiputera. Sungguh mengkagumkan. Main ekar-ekar punya projek. Rasa kecut juga la tengok mereka punya presentation material dan angka-angka berapa yang masyuuuuuk dan berapa yang keluaaaaaaar!!!.

Kehadiran sekitar 70-80 orang. Kebanyakkannya otai-otai belaka. Ada la muka-muka baru anak muda yang baru tubuhkan koperasi seperti KOBERA dan sebagainya. Kebetulan berjumpa pula dengan kawan lama masa kat UKM dulu. Dah jadi orang kuat koperasi rupanya walaupun masih bekerja sebagai peguam. Lama tak jumpa, dan dah tak cam dah. Yelah, dulu masing-masing slim-slim belaka. Muka pulak belum tumbuh banyak bulu…tapi sekarang perut hah masing-masing nun tu jauh ke depan…berjanggut bermisai Cuma belum beruban je lagi kek kek kek.

Tiba je turn saya, kami pasangkan rencana daripada Agrojurnal berkenaan industri tanaman cendawan. Ada la dalam 25 minit tanyangan. Pastu, barulah sesi taklimat dan soal jawab dalam masa 30 minit. Ada 3-4 soalan yang diajukan tapi soalan lazim tetap ada iaitu : Adakah syarikat encik akan membeli balik hasil cendawan yang kami tanam?
Agaknya macam mana nak jawab ya. Kuala Terengganu ke Puchong ada la dalam 500km. Jauh tu……tak kan nak hantar ke Puchong hari-hari? atau berapa volume yang boleh dihantar sekali perjalanan? dan berbaloi ke dari segi kos dan keuntungan?

Sepanjang perjalanan pulang saya masih lagi memikirkan tentang soalan yang diajukan itu. Akhirnya saya mendapat satu kesimpulan. Nak tahu apa dia? Mungkin anda setuju dengan saya dan mungkin anda kurang setuju dengan saya dan mungkin juga anda ada jawapan yang jauh lebih baik daripada saya. Tolong respond pada saya. SMS pun takpe.

Jawapan saya : Kita terlalu lemah dalam PEMASARAN. Bantuan kewangan, tanah, bangunan, mesin, peralatan dan kemudahan memang banyak baik daripada kerajaan ataupun swasta tetapi bantuan PEMASARAN bagaimana? Lebih-lebih lagi PEMASARAN yang melibatkan pasaran luar negara dan juga produk hiliran. Terlalu lemah, sempit dan kurang penekanan yang serius. Ibarat bermain bola, finishingnya tak ada. Kalau adapun tumpul. Bermainlah kita dalam masa 90 minit, atas bawah kiri dan kanan secara bermati-matian, tapi bila tiba di kotak D….tendangannya ceplesss….langsung tak goal.

Setujukah anda?























Tuesday, March 10, 2009

Lapuran Kursus 01/03/2009

Puchong – 1 Mac, berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN anjuran CendawanPuchong@CP dengan penyertaan seramai 11 orang peserta. Peserta kali ini yang paling jauh datangnya daripada Pulau Pinang. Jauh tu………datang ke sini naik bas katanya. Nak naik kereta mungkin tak larat. Terlalu jauh dan akan letih memandu. Nanti takde tenaga nak buat praktikal cendawan kerana masa kursus para peserta kena buat sendiri segala proses-proses cendawan tu. Memang penat dan berpeluh. Namun begitu, pihak CP bukannya kejam sangat. Setiap kali selesai satu proses, kami bagi 1-2 minit untuk peserta ambil nafas, betulkan pinggang, minum air dan juga ambil oksigen@isap rokok kek kek kek.

Jadi begitu le gambaran semasa kursus yang CP anjurkan. Semuanya manual. Namun begitu tak semua proses itu berat kerjanya. Jika berat dah lama industri cendawan ini berkubur. Proses yang rasa berat Cuma bagging je@proses buat beg. Sebab nak kena isi beg plastic, hentak, padatkan dan pasang neck serta top. Proses-proses lain dah boleh dikira mudah dan cepat. Paling seronok semasa proses kutip hasil sebab para peserta boleh bawak balik hasil yang dikutip dengan percuma hu huuuuuuuu.

Apapun, kursus berikutnya masih lagi dibuka dan masih lagi menerima sebarang pendaftaran masuk. So, apa tunggu lagi……………………….























Tuesday, March 3, 2009

Penat tapi berbaloi...

Alhambulillah, pada 28 Feb dan 1 Mac, Cendawanpuchong@CP telah berjaya membuat 2 penghantaran beg media peram ke dua tempat berasingan iaitu ke Matang, Taiping Perak sebanyak 5,200 beg dan Sepangnyol@sepang sebanyak 1500 beg. Sangat penat…bukan main-main punya penat. Ini betul-betul punya penat nie. Mana tak penat, dalam 1 minggu ini kami kena pilih beg dan susun. Tak boleh terus bungkus dalam plastic kerana boleh melemaskan beg. Setelah disusun, kami kena kira. Lagi 3 hari baru packing. Masa packing, kami pilih lagi yang betul-betul OK. Pasti susun dan kira ada berapa bungkus. Setiap bungkus ada 10 beg peram. Dalam masa yang sama, kami kena confirmkan dulu lori serta kosnya. Contact pembeli untuk settlement baki kos yang perlu di bayar. Masa lori datang terus loading. Jika ada 6,700 beg bermakna kami perlu loading sebanyak 670 beg yang setiap satunya seberat hampir 10kg. Penat woooooooooooooooooooooo.

Namun, disebalik kepenatan dan keletihan itu terpamir senyuman tanda kepuasan. Puas hati kerana dapat commit due date yang customer minta. Puas hati kerana tak banyak beg yang rosak dan reject. Puas hati kerana dapat duit yang banyak dalam masa yang singkat. Jumlah jualan mencecah RM10,000. Mana beg yang matang tapi ada reject kecil, kami masuk terus ke bangsal hasil untuk sendiri punya hasil. Al maklumlah pasar raya yang kami hantar tu, hari-hari nak 5-7kg. Kedai Tom yam lagi. Kadang-kadang orang kampung datang nak beli. So, stok cendawan kena selalu ada.

Pada 1 Mac pula ada buat kursus tanaman cendawan. Seramai 11 peserta telah hadir....laporan lanjut akan terbit esok.










Friday, February 27, 2009

Lawatan dari Agensi Kerajaan

Dalam bulan ini sahaja cendawanpuchong telah menerima 4 kali kunjungan besar daripada pihak kerajaan dan juga persatuan iaitu :

1) Lawatan daripada Pegawai – pagawai MECD.
2) Lawatan daripada Pengarah dan pegawai SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
3) Rombongan Lawatan daripada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Negeri, MARA, Belia 4B, Kementerian Belia & Sukan dan Jab. Vaterinar.
4) Lawatan daripada Koperasi Integrasi Nasional & Tamilan Uthavum Karangkal.

Dalam lawatan tersebut, terkandung banyak topic perbincangan dan juga saranan serta peluang-peluang yang boleh CP kecapi. Apapun yang pasti pihak CP semakin sibuk la dengan jadual yang ketat. Al maklum lah due date beg cendawan peram dah dekat, order beg baru semakin bertambah, nak layan tetamu lagi dan mesyuarat Koperasi pula. Memang tak cukup tangan la boleh dikatakan. Pegawai kami, En. Fariz@Abu sampai mengadu pada saya “Nak buang air pun tak sempat” kena tahan sampai senak. Fuh kesian sungguh. Tapi apakan daya, syarikat tengah nak naik nie kenalah berkorban besar sikit.

Besok manalah tahu kalau dah stabil barulah boleh rehat sedikit. Tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia sapa yang tahu. Apa yang penting “KERJASAMA”. Seperti kata dalam cerita “Wonder Pet” dan memang kami selalu nyanyikan lagu ni. Jom kita nyanyi sama-sama : “Kami tak kuat dan kami tak besar. Bekerjasama semua jadi mudah. Apa yang penting kerjasama” – 2 kali. Pandai.............................................................................................................































Sekitar Kursus February 2009

Puchong – 26 Feb, melaporkan aktiviti cendawanpuchong iaitu KURSUS TANAMAN CENDAWAN kali ke berapa hah? Sorry tak ingat…Cuma kalau ikut senarai daftar peserta yang dah datang berkursus sudah mencecah 500 orang dah nie. Kali ini penyertaan datangnya daripada kawan-kawan sekerja saya di SONY. Mereka datang berkursus sebagai persediaan. Al maklumlah ekonomi gawat, so banyak VSS sana sini…jadi mereka kata kat sector pertanian ni tak akan gawat. Kalau gawat pon lambat terasa kesannya. so bolehlah tanam cendawan bila dapat duit VSS katanya. Apapun itu pendapat mereka…bagai mana pula dengan pendapat anda ? Betul ke ?

Kursus pada 1 Mac masih lagi dibuka dan kami masih lagi menerima kemasukkan peserta-peserta yang berminat. So, apa tunggu lagi......









Thursday, February 19, 2009

Tuesday, February 3, 2009

Lapuran Kursus Januari 2009

3 Feb, Puchong – Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog. Akhirnya berjaya juga saya meng ’update’ blog ini. Disini saya senaraikan nama para peserta yang telah hadir KURSUS TANAMAN CENDAWAN disepanjang bulan Januari hingga 1 Feb’09 dan berjaya menamatkannya dengan jayanya. Syabas buat para peserta dan pada kali ini saya menerima responds yang sangat baik daripada para peserta dimana hasil maklumat mereka saya telah dikunjungi dengan lebih ramai lagi oleh mereka-mereka yang berminat nak melihat sendiri bagaimana cendawan itu ditanam atau dihasilkan. Ada juga beberapa peserta yang agresif dimana apabila mereka balik sahaja ke rumah dan terus membina bangsal cendawan dan juga rak-rak cendawan ‘percubaan’ dan seterusnya menempah beg-beg media daripada cendawanpuchong untuk start menanam cendawan. Semoga berjaya saya ucapkan. Jika ada masalah, jangan malu atau segan untuk hungungi saya. Insya ALLAH pihak cendawanpuchong akan membantu selagi termampu.

So, kursus seterunya adalah pada 8 Feb, 15 Feb dan 21 Feb. Jemput mendaftar jika ada yang minat dan khabo – khabo le kek teman yang lain ya……..