Monday, April 21, 2008

Lapuran kursus 19/04/2008

Alhamdulillah, kursus pada 19 April telah berjaya dijalankan dengan lancarnya. Ada 1 kelainan pada kali ini di mana kursus pada Sabtu lepas boleh dikatakan kursus muhibbah kerana telah dihadiri oleh seorang peserta Cina (En. Sin) dan seorang perserta India (En. Siva). Kedua-duanya begitu berminat dengan setiap sesi dan aktif mengambil bahagian. Di harapkan harapan dan impian anda berdua tercapai untuk mempelajari ilmu cendawan di cendawan puchong. Peserta kursus kali ini yang paling jauh datangnya dari Pulau Pinang dan Kelantan. Begitu jauh mereka datang semata-mata nak belajar ilmu cendawan dan insya Allah akan kami ajarkan semuanya.....

OK, kursus untuk bulan May akan diteruskan selagi ada permintaan dan juga sambutan. Iklan terbaru akan dikeluarkan sekejap masa lagi…harap bersabar la ya..tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.







Saturday, April 19, 2008

Tawaran Hebat !!

Atas permintaan ramai yang tak mampu CendawanPuchong hampakan...berikut disenaraikan harga produk pra-matang kami untuk kemudahan sahabat secendawan semua.






Wednesday, April 9, 2008

Lapuran kursus 06/04/2008

Alhamdulillah, kursus cendawan telah berjaya dijalankan dengan kehadiran 12 orang peserta. Kali ini, peserta yang paling jauh datangnya dari Kelantan. Datang dari jauh semata-mata nak belajar ilmu tanaman cendawan. Semoga anda dapat apa yang anda cari di cendawan puchong. Kali ini juga, penyertaan kaum wanita agak ramai (5 orang). Ini menunjukkan bahwa industri tanaman cendawan juga telah menarik minat golongan wanita untuk berkecimpung dalam tanaman ini.

Untuk kursus pada 13 April masih lagi dibuka dan masih menerima penyertaan.








Wednesday, March 26, 2008

Lapuran kursus 23/03/2008

Ini adalah gambar peserta pada 23 mac yang lalu. Seramai 11 orang peserta telah hadir dan berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Persertaan kali ini agak berbeza kerana pada kali seramai 3 peserta dari Sabah dan Sarawak telah mengikuti kursus ini. Sungguh terharu dan gembira kerana sambutan dan sokongan sebegini menjadikan pihak kami bertambah semangat untuk mencurah bakti dan ilmu kepada para peserta dimasa akan datang.

Bagi kursus yang akan datang iaitu pada 29 Mac, masih lagi dibuka dan setakat ini seramai 12 peserta telah mendaftar. Ini merupakan kursus penutup bagi bulan Mac ini.




Kursus untuk April 2008



Thursday, March 13, 2008

Lawatan Bersejarah

Pada 12 Mac 2008, ladang Cendawan Puchong telah menerima satu junjungan merisik daripada Pegawai-pegawai Pertanian Daerah yang diketuai oleh Cik Yanti (cun orangnya) bersama 2 lagi pegawai iaitu En. Emi Faizal dan En. Mohd Asmi. Kunjungan susulan ini merupakan satu kunjungan untuk menilai dan melihat sendiri perjalanan projek tanaman cendawan di daerah petaling ini. Di samping itu, mereka ini akan menilai apakah bentuk-bentuk bantuan yang boleh dibuat oleh pihak jabatan bagi membantu para pengusaha seperti kami ini untuk terus maju dan berjaya dalam projek berkenaan.

Bagi kami, pihak Cendawan Puchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan pihak Jabatan Pertanian di atas layanan dan juga lawatan tersebut di samping menunggu manalah tau ada juga peruntukan-peruntukan untuk projek kami ini he he he.