Wednesday, November 28, 2007

BERITA GEMPARRR !!

Kepada pencinta cendawan sekelian...kami dalam proses akhir untuk menghasilkan VCD Teknik Asas Tanaman Cendawan Tiram yang mudah difahami serta lengkap.

Apa yang akan anda dapati melalui vcd tersebut :

1 - step by step proses dalam bentuk slide
2 - rakaman langsung setiap proses yang diambil semasa Siri Kursus Intensif Cendawan Tiram dijalankan
3 - proses lengkap dari penyediaan bongkah hinggalah proses
pembungkusan hasil

Jadilah pemilik terawal vcd ini. Jika vcd senaman aerobic Jane Fonda telah berjaya merampingkan ribuan pinggang wanita...mengapa tidak VCD Teknik Asas Tanaman Cendawan Tiram bakal berjaya menghasilkan ribuan usahawan cendawan tiram

Tunggu hari pelancarannya nanti...kami akan umumkan sekali harganya...jangan risau !! harganya tidaklah semahal vcd original Survivor Series atau Wrestlemania...hehehe

Sedikit sedutan dari vcd tersebut...kire promo la nie



Tuesday, November 27, 2007

Kursus lagi...09/12/2007

Siri Kursus Intensif Cendawan Tiram di Puchong kembali lagi...


Monday, November 26, 2007

Kursus pada 24/11/2007

Alhamdulillah...seramai 8 orang peserta telah hadir untuk mengikuti Kursus Intensif Cendawan Tiram di ladang kami di Puchong.

Seronok rasanya apabila melihat kesungguhan para peserta mengikuti setiap proses yang diajar.
Banyak juga soalan "cepu emas" yang ditanya...hahaha !!! Memang itu yang saya perlukan kerana disamping saya mengajar saya juga masih belajar...maklumlah...buah cempedak diluar pagar...kalau didalam pagar dah lama saya petik...goreng pastu makan ramai2...hehe









Jangan lupa !!! Pendaftaran untuk kursus akan datang masih di buka...

Monday, November 19, 2007

Suasana kursus 17/11/2007

Alhamdulillah...Kursus Cendawan Tiram Puchong pada 17/11/2007 telah berlangsung dalam suasana ceria dan santai. Seramai 20 orang peserta telah menghadirkan diri dengan satu niat untuk menimba ilmu per"cendawan"an. Dengan semangat dan sikap ingin tahu yang mereka tunjukkan telah menaikkan lagi semangat saya untuk sama-sama berkongsi ilmu.

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua peserta.








Saturday, November 17, 2007

Lokasi CendawanPuchong

Alhamdulillah...semakin ramai yg berminat tentang candawan tiram dan ramai juga yg bertanya CendawanPuchong tu di mana ?? Maafkan saya kerana terlupa utk menempekkan peta lokasi ladang kami disini. Dan ribuan kemaafan juga saya pohonkan kepada saudara2 yg telah tersesat jalan.

Untuk kemudahan semua peminat cendawan...disini saya tempekkan peta lokasi ke ladang saya.




Kepada saudara/i yg telah mengesahkan kehadiran utk Kursus Intensif Cendawan Tiram Puchong esok (17/11/2007) selamat berkursus saya ucapkan. Setakat petang tadi seramai 20 orang telah mendaftar.
Tunggu laporan bergambar dari saya esok.

Wednesday, November 14, 2007

BERITA BAIK

Atas permintaan ramai..satu lagi Kursus Intensif Cendawan Tiram Puchong akan dianjurkan pada

24hb November 2007.

Pendaftaran di buka sekarang...cepat cepat sementara saya masih sihat




Anda juga boleh hubungi En. Abu di talian 012-9127678 untuk pendaftaran.

Tuesday, November 13, 2007

Suasana kursus 10/11/2007

Seperti yg dijanjikan...tengoklah bagaimana kawan2 kita di"dera" semasa kursus...berpeluh bang !!!


Monday, November 12, 2007

Update kursus 10/11/2007

Kursus Cendawan Tiram Puchong telah dianjurkan dengan jayanya walaupun sebahagian peserta telah meminda tarikh kursus disaat akhir.

Saya akan cuba tempek beberapa screenshot sewaktu kursus berlangsung dilain masa kerana hari ini blogger.com agak "cemburu" dengan kejayaan kami.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Semoga cita-cita anda dan saya akan menjadi nyata.

Handphone saya sentiasa "on" untuk menjawab segala pertanyaan.

Wassalam.


Para peserta sedang mendengar taklimat dari En. Zulkifli
Bukan nak mendera tapi "praktikal"

Bungkus betul2 bang...nanti tak hidup kulat tuPart nie yang seronok nie...
Packing kene cantik...nanti orang tak nak beli

Tuesday, November 6, 2007

Pendaftaran Baru Di Buka


Atas sambutan di luar jangkaan, Cendawanpuchong akan menganjurkan satu lagi sessi Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram

Daftar segera !! Tempat terhad

Friday, November 2, 2007

Kursus Cendawan Tiram Puchong

Setakat hari ini seramai 15 orang telah mengesahkan penyertaan mereka...ANDA BILA LAGI ???