Wednesday, March 26, 2008

Lapuran kursus 23/03/2008

Ini adalah gambar peserta pada 23 mac yang lalu. Seramai 11 orang peserta telah hadir dan berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Persertaan kali ini agak berbeza kerana pada kali seramai 3 peserta dari Sabah dan Sarawak telah mengikuti kursus ini. Sungguh terharu dan gembira kerana sambutan dan sokongan sebegini menjadikan pihak kami bertambah semangat untuk mencurah bakti dan ilmu kepada para peserta dimasa akan datang.

Bagi kursus yang akan datang iaitu pada 29 Mac, masih lagi dibuka dan setakat ini seramai 12 peserta telah mendaftar. Ini merupakan kursus penutup bagi bulan Mac ini.




Kursus untuk April 2008



Thursday, March 13, 2008

Lawatan Bersejarah

Pada 12 Mac 2008, ladang Cendawan Puchong telah menerima satu junjungan merisik daripada Pegawai-pegawai Pertanian Daerah yang diketuai oleh Cik Yanti (cun orangnya) bersama 2 lagi pegawai iaitu En. Emi Faizal dan En. Mohd Asmi. Kunjungan susulan ini merupakan satu kunjungan untuk menilai dan melihat sendiri perjalanan projek tanaman cendawan di daerah petaling ini. Di samping itu, mereka ini akan menilai apakah bentuk-bentuk bantuan yang boleh dibuat oleh pihak jabatan bagi membantu para pengusaha seperti kami ini untuk terus maju dan berjaya dalam projek berkenaan.

Bagi kami, pihak Cendawan Puchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan pihak Jabatan Pertanian di atas layanan dan juga lawatan tersebut di samping menunggu manalah tau ada juga peruntukan-peruntukan untuk projek kami ini he he he.







Kursus 09/03/2008

Pilihanraya dah abis...sape menang sape kalah kita dah tau...NAMUN BEGITU...kursus tetap dijalankan...ilmu tetap wajib dicari dan di ajar walau sapa pun yg memerintah...


KESANnya..hanya 5 peserta jer yang datang…inilah dia kesan bahang pilihanraya….

Namun begitu, kursus tetap juga dijalankan bagi memenuhi permintaan. Semasa tempoh kursus, pihak urusetia telah menggorengkan beberapa kilo cendawan dan habis licin tak sampai 10 minit di ratah oleh peserta. Maklumlah seharian berkursus..memang lapar beb!!! Mana tidaknya, pagi-pagi dah buat beg cendawan, farm tour dan sebagainya..memang melaparkan. Jadi ada diantara mereka ini terfikir nak biz cendawan goreng pulak..hantam sajalah labu. Kami memang menyokong 100% dengan harapan akan ada nanti pengusaha-pengusaha yang menjual cendawan goreng di merata tempat.

Bagi kursus pada 16 Mac ini, dah ada 10 orang yang mendaftar dan pendaftaran masih lagi dibuka.