Sunday, September 13, 2009

Lapuran Kursus di bulan Ramadhan

Puchong - 6 September 2009 berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN yang di anjurkan oleh CendawanPuchong di Ladangnya iaitu di Kampung Sri Aman, Puchong. Kursus kali ini ada 2 kelainan iaitu, ia di buat pada bulan puasa dan yang kedua telah di hadiri oleh semua bangsa iaitu Melayu, Cina dan juga India. SATU MALAYSIA lah katakan. Kehadiran kali ini cukup meriah dengan disertai seramai 20 orang peserta.

Syabas dan tahniah kepada peserta yang hadir. Almaklumlah buat peserta Melayu yang hadir, sanggup datang jauh-jauh untuk berkursus. Di bulan puasa pulak tu. RM200 sanggup dibelanja demi kursus walaupun Raya Aidilfitri dah dekat.

Tapi semangat dan minat punya pasal semua boleh jadi. Betul tak? Juga saya nak ucapkan rasa terharu buat En. Nadmin dan juga En. Aw Da Hui. Mereka ini datang dari jauh. En. Nadmin dari Pulau Pinang sementara En. Aw Da Hui dari Kuantan. Inilah yang dikatakan semangat. Semangat Cendawan namanya. Ada juga peserta dari Sabah dan Sarawak yang tak dapat hadir kerana masalah tiket dan sebagainya. Itu tidak mengapa. Anda boleh datang di lain masa ya. Sebab selepas raya nanti, saya ada buat beberapa kursus lagi. So, yang tidak berkesempatan boleh join ikut tarikh yang sesuai ya.

Suasana kursus sungguh meriah ya. banyak soalan yang di tanya sampai kering tekak saya nak jawap. Padan muka aku. sapa suruh buat kursus di bulan puasa. kek kek kek. Apapun yang pasti, saya begitu seronok berkongsi pengalaman dan juga ilmu dengan anda semua. Jadi serak suara, tersasul kata dan juga cakap terlalu laju tu harap dimaafkan lah ya.

Akhir sekali saya nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA, SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.