Wednesday, December 19, 2007

Mengapa berkursus di CendawanPuchong ??

Ramai orang bertanyer...mengapa mesti berkursus di CendawanPuchong ?? Apa yang CendawanPuchong tawarkan ?? Berbaloi ke ??

Haaaaa...ini jawapan nyer !!!



Kursus yang kami jalankan ini menekankan amalan praktikal sebanyak 90% dan teori 10%. Apa yang bakal anda perolehi daripada kursus ini adalah seperti berikut


Anda akan dibawa melawat keseluruh kawasan tanaman bermula daripada stok simpanan habuk kayu hingga ke bangsal pengeluaran hasil cendawan.

Semasa lawatan tersebut anda akan diberikan taklimat dan maklumat tentang proses-proses yang berkenaan.

Pihak kami akan mengajar anda tentang bagaimana hendak menanam cendawan bermula daripada proses pembuatan beg cendawan, mengukus, menyuntik benih, memeram, memetik hasil cendawan hinggalah ke pembungkusan.



Semasa melalui proses-proses tersebut, anda akan diberikan tip-tip rahsia dan teknik-teknik berkesan untuk memudahkan kerja anda disamping meningkatkan kualiti kerja dan hasil cendawan.

Akhir sekali anda akan dibekalkan dengan handout, CD tanaman cendawan, info pembekal dan juga sijil penyertaan.

No comments: