Wednesday, December 19, 2007

Kursus datang lagi

Kepada yang tak sempat nak attend kursus bulan nie...jangan risau.

ESOK MASIH ADA



Mengapa berkursus di CendawanPuchong ??

Ramai orang bertanyer...mengapa mesti berkursus di CendawanPuchong ?? Apa yang CendawanPuchong tawarkan ?? Berbaloi ke ??

Haaaaa...ini jawapan nyer !!!



Kursus yang kami jalankan ini menekankan amalan praktikal sebanyak 90% dan teori 10%. Apa yang bakal anda perolehi daripada kursus ini adalah seperti berikut


Anda akan dibawa melawat keseluruh kawasan tanaman bermula daripada stok simpanan habuk kayu hingga ke bangsal pengeluaran hasil cendawan.

Semasa lawatan tersebut anda akan diberikan taklimat dan maklumat tentang proses-proses yang berkenaan.

Pihak kami akan mengajar anda tentang bagaimana hendak menanam cendawan bermula daripada proses pembuatan beg cendawan, mengukus, menyuntik benih, memeram, memetik hasil cendawan hinggalah ke pembungkusan.



Semasa melalui proses-proses tersebut, anda akan diberikan tip-tip rahsia dan teknik-teknik berkesan untuk memudahkan kerja anda disamping meningkatkan kualiti kerja dan hasil cendawan.

Akhir sekali anda akan dibekalkan dengan handout, CD tanaman cendawan, info pembekal dan juga sijil penyertaan.

Update kursus 16/12/2007

Salam sahabat secendawan,

Semenjak dua menjak ni sebahagian semenanjung Malaysia dilanda banjir...warga CendawanPuchong turut bersimpati dengan musibah yang melanda. Sifu cendawan kita Sdr Zul nyaris2 terperangkap di Muadzam Shah...mujur dia pakai kereta James Bond...habis semua banjir di redah nya.

Di ladang kami pun lebih kurang begitu juga tapi bukan banjir air...banjir dengan peserta kursus. Seramai 15 orang peserta telah menyertai Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram pada 16/12/2007 Alhamdulillah..bertambah lagi sahabat secendawan kita.

Tapi sayang seribu kali sayang...lantaran terlalu bersemangat berkongsi ilmu sampaikan terlupa untuk merakamkan sekeping dua gambar suasana pada hari itu.

Kepada semua peserta kursus yang ada mengambil gambar pada hari tersebut bolehlah hantar pada saya untuk dikongsi bersama.

Ampun maaf dipinta...saya pun masih pening...apsal la aku boleh lupa nak ambik gamba...ish ish ish...cho ba aannn

Wednesday, December 12, 2007

Kursus Intensif lagiiii...

Sahabat secendawan sekalian...

Sebelum tahun 2007 melabuhkan tirainya...masih ada 2 sessi Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Puchong yang akan diadakan pada :

16 Dec 2007 (Ahad) dan

29 Dec 2007 (Sabtu)

Daftar sekarang !!!

Jadual kursus untuk 2008 masih dalam perancangan...TUNNNGGGGUUUU



Update kursus 09/12/2007

Syukur alhamdulillah...Sdr Zul kita dah selamat sampai dari Muadzam Shah...naik kereta ke naik sampan saya tak tau...yang penting saya dah dapat gambar2 kursus hari tuu...

Nie sebahagian darinya...tengokla camana sahabat2 secendawan kita dengan penuh konsentrasi mengikuti setiap module yang diajar..










Salam kepada pencinta cendawan sekalian,

Alhamdulillah Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Puchong telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 22 orang peserta telah menghadirkan diri dengan satu keazaman untuk menimba ilmu "percendawanan" yang bakal memeriahkan lagi komuniti usahawan cendawan tiram negara.

Ampun maaf dipohonkan kerana buat masa ini saya belum dapat menyiarkan gambar2 sewaktu kursus dijalankan. Saya difahamkan Sdr Zul kita sedang terperangkap di Muadzam Shah...
BANJIRRRRRRRR....hehehe

InsyaAllah bila sedara kita tu dah selamat sampai ke Puchong nanti.. saya akan update lagi.