Friday, May 16, 2008

Kursus masih berjalan

Kawan-kawan secendawan sekalian!!

Dah lama kita tak update activity cendawanpuchong. OK ini adalah gambar terbaru kursus-kursus tanaman cendawan anjuran untuk bulan May.

Nampaknya cendawanpuchong masih lagi mendapat tempat dihati bakal-bakal usahawan cendawan kerana masih lagi relevan untuk menjalankan kursus serta menjadi pusat rujukan dan juga mendapatkan bahan-bahan mentah industri cendawan ini.

Pihak kami cendawanpuchong tidak putus-putus menerima kunjungan dan juga order beg-beg cendawan oleh peserta kursus dan juga mereka yang berninat. Setakat ini lebih 50,000 beg telah ditempah dan masih lagi ada tempahan-tempahan baru yang kami lanjutkan 1-2 bulan akan datang.

Ini adalah kerana, menjadi prinsip kami cendawanpuchong untuk memberikan beg-beg cendawan yang berkualiti serta memberikan kepuasan hati pelanggan-pelanggan kami. Untuk itu kami perlu memeramkan beg-beg tersebut sehingga 3-4 inci dan baru release kepada customer. Qualiti is no.1.

Kapasiti pengeluaran juga telah kami tingkatkan dan juga bilangan pekerja turut bertambah. Ini penting bagi memastikan output dan tempahan dapat dipenuhi mengikut jadual.

Kami juga telah berjaya mewujudkan beberapa jaringan usahawan yang membantu kami dalam memenuhi permintaan beg-beg cendawan yang semakin meningkat itu. 3 usahawan telah kami wujudkan iaitu di Pulau Indah (Klang), Meru (Klang) dan juga Sungai Balak (Cheras).

Kepada mereka diluar sana yang berminat untuk berkursus cendawan dan juga mencuba secara kecil-kecilan tanaman cendawan, mari lah berjumpa kami atau hubungi kami. Insya Allah akan kami bantu anda semua.





No comments: