Thursday, May 22, 2008

Lapuran kursus 17/05/2008

Alhamdulillah, syukur.

Kursus tanaman cendawan telah berlangsung dengan jayanya pada 17 May yang lalu.
Seramai 6 peserta telah hadir.

Kali ini Tok guru terlewat sikit, al maklum la baru balik dari Muadzam Shah. Pukul 5 pagi plan nak bertolak dari sana dan budget sampai ke Puchong dalam 8.30pagi. Tapi apakan daya, mengantuk sangat. Pukul 5.30pg baru terjaga dan pukul 6 baru bertolak. So, lambat sikit la dalam 1 jam. Mujur En. Abu ada…so pagi tu dia tolong cover la dulu…bagi sedikit teori dan buat farm tour. Masa farm tour, dia bagi lagi info-info berguna kepada para peserta. Saya tiba masa sesi soal jawab di bangsal peram semasa farm tour. Boleh tahan juga peserta kali ini..semua soalan menjurus kepada fakta-fakta belaka seolah-olah macam esok lusa dan nak run projek cendawan dah nie. Tapi, alhamdulillah kami dapat memberikan penjelasan yang dapat memenuhi kehendak para peserta.

Kursus kali ini sungguh lancar dan para peserta sungguh enjoy..bagi apa saja semuanya OK. Masa menggaul habuk, buat beg, kukus, suntik dan penjagaan cendawan semuanya beressss!!!
Jadi, kepada mereka di luar sana yang masih lagi tercari-cari manakah tempat untuk menuntut ilmu cendawan, datang lah kepada kami.....kami akan bantu. Kita ada lagi 2 sesi kursus yang masih dibuka untuk penyertaan anda iaitu pada 25 May dan 1 Jun. Daftarlah sekarang lagi tempat duduk masih ada. Caranya bagaimana? Mudah sahaja, Cuma smskan nama dan tarikh yang diminta..kemudian kami akan daftarkan dan menghubungi anda semula. Tak perlu deposit..yuran bayar di tempat kursus.

Kepada mereka yang nak kan nasihat dan pandangan kami, setkan temujanji dan kami sedia menolong anda….upah tak mahal..hanya segelas teh tarik kurang manis dan sepinggan mee goreng mamak di restoran syed Bistro Puchong Perdana atau ABC Corner Puchong Prima kek kek kek kek.








No comments: