Tuesday, January 1, 2008

Selamat Datang 2008

Azam tahun baru ??
Soalan lazim setiap kali munculnya tahun baru. Tercapai ke tidak azam tu blakang kira...yang penting bila orang tanyer kita boleh bagi 1~2 azam yang agak logik.

Bagi CendawanPuchong azam tahun baru kami tetap sama...sama seperti azam kami sewaktu mula2 terjun ke dunia percendawanan ini...

"Mengujudkan Komuniti Usahawan Cendawan Tiram yang Innovatif dan Berdaya Maju"

Seperti usahawan2, petani2, peniaga2 yang lain... kami juga mempunyai unjuran / target untuk tahun 2008. Action plan dah ada tapi tak boleh la di bentangkan disini...rahsia syarikat...hehehe

Secara kasarnya ada beberapa matlamat yang ingin kami capai sepanjang 2008

Antaranya :

1 - melahirkan seramai mungkin usahawan cendawan tiram
2 - menambahbaik modul kursus
3 - meningkatkan quality cendawan tiram / bongkah cendawan
4 - mencari, mengkaji, merumus kaedah melawan virus cendawan eg: kulat hijau
5 - menambah bangsal cendawan supaya pengeluaran boleh dipertingkatkan

Dengan action plan yang sistematik dan displin yang tinggi, kami yakin setiap unjuran akan dapat dicapai dan seterusnya akan menambah seri Dunia Percendawanan Negara.

Selamat Tahun Baru 2008

No comments: