Tuesday, July 22, 2008

Kursus 19/07/2008

CENDAWAN PUCHONG – 19 July, berlangsungnya satu lagi kursus cendawan anjuran CendawanPuchong dengan penyertaan 4 orang peserta. Peserta yang paling jauh kali ini datangnya daripada Sitiawan Perak. Bertolak dari sana jam 4 pagi drive sendiri ke Puchong. Fuh!! Sungguh bersemangat peserta ini. Dengar khabar merupakan seorang usahawan yang berjaya. En. Ahmad Baki namanya.

Kami juga menerima penyertaan daripada Datin Nurhashikin dan kami berharap Datin puas hati dengan kursus yang diberikan.

Di sini pihak CendawanPuchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang datang dan menyokong usaha kami dalam melahirkan ramai usahawan Cendawan yang berjaya.

Disini pihak kami sertakan nama peserta kursus yang hadir pada hari tersebut

1. Datin Nurhashikin – KL
2. En. Ahmad Baki – Sitiawan Perak
3. En. Selihin – Puchong S’ngor
4. En. Mohammad Azmin – Seri Kembangan S’ngor

Semoga anda puashati dan Selamat Maju Jaya. Jika ada kemuskilan sila call kami dan kami akan bantu anda. Insya Allah.

1 comment:

Anonymous said...

hello salam,
tahniah atas kejayaan anda sebagai penanam cendawan. saya ni baru nak start so cari maklumat dulu, harap dapat tunjuk ajar