Tuesday, August 12, 2008

Kursus 10 Ogos 2008

PUCHONG – 10 Ogos, pihak CendawanPuchong baru sahaja selesai menjalankan kursus tanaman cendawan dengan penyertaan 12 orang peserta.
Peserta kursus pada kali ini boleh dikatakan paserta Muhibbah dengan peyertaan dari 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Satu rekod telah tercipta dalam sejarah kursus anjuran kami ini. Peserta kursus yang paling jauh datangnya daripada Sungai Siput, Perak iaitu En. Hasnunniza dan En. Abdul Malik.

Perjalanan kursus amat rancak dan banyak soalan advance dan Out of the box. Mungkin kerana ada peserta yang sudah ada ilmu cendawan atau ada juga yang sudah menjalankan biz. Cendawan. Tapi tak mengapa, ilmu yang baik haruslah dikongsi bersama. Ada juga peserta yang tak sabar-sabar untuk mengetahui banyak perkara menjangkaui agenda kursus. Semangat sebegini yang memang kami cari dan kami nanti agar kami dapat kongsikan pengalaman kami untuk peserta kursus.

Sepanjang kursus kami telah beramah mesra dengan beberapa peserta dan dari situ kami dapat berkenalan dengan EN. Wong dan juga En. Adam dengan lebih dekat dan nasib kami baik kerana mereka juga merupakan usahawan tani seperti kami tetapi lebih besar dan dahsyat gitu. En. Wong merupakan usahawan burung layang-layang (Bird Nest) yang menjalankan perniagaan ini di Rawang. Sementara En. Adam juga merupakan usahawan ternakan Lintah, Ikan Keli, Cacing dan Itik di Lenggeng N9. Fuh, terasa “kecik” beb!

Hasil perbincangan, memang mereka ini berminat dan ada hati untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka ke bidang Cendawan sebagai salah satu daripada produk pertanian mereka.

Apapaon, syabas kami ucapkan kepada semua peserta yang hadir dan kami doakan agar harapan, cita-cita dan juga impian para peserta untuk menjadi usahawan cendawan terlaksana dan berjaya. Jika kalau ada yang terlupa atau nak refresh semula, silalah menghubungi kami atau datang melawat kami di sini.

Satu lagi berita, sahabat kami iaitu En. Afzal seorang penternak Cacing telah mempelawa CendawanPuchong meletakkan beberapa produk cendawan di Booth mereka di MAHA 2008. Kelam kabut sebab tak prepare apa-apa. Jika nak lihat produk kami, datanglah ke Bangunan C, Lot C020.













No comments: