Monday, November 3, 2008

Lapuran Kursus 02/11/2008

Puchong – 2 Nov, berlangsungnya kursus pertama bagi bulan NOV setelah sebulan kami stop kursus kerana memberi laluan kepada Syawal. Alhamdulillah seramai 8 peserta telah berjaya menghadirkan diri walaupun sebenarnya telah ramai yang mendaftar tetapi ada yang terpaksa tunda ke tarikh yang lain dan juga ada yang clash dengan kenduri dan sebagainya. Pihak cendawanpuchong mengalu-alukan penyertaan mereka dilain masa jika masa mengizinkan.

Apapun kursus yang berlangsung berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat. Kami dapat bayangkan yang peserta kursus rata-ratanya amat berpuashati dengan kursus yang dijalankan. Boleh telefon mereka jika nakkan kepastian. Harap-harap mereka bagi good comment untuk saya kek kek kek.

Kami amat berbesar hati dengan kehadiran seorang jaguh sukan negara dan antarabangsa menyertai kursus pada kali ini iaitu saudara Nor Effendy Rosli - seorang jaguh lumba basikal lebuhraya yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Diharap saudara Nor Effendy akan berjaya membawa cendawan tiram hingga ke peringkat antarabangsa juga.

Kali ini agak berbeza sedikit dimana saya terpaksa bahagikan peserta kepada 2 kumpulan kerana EN. Abdul Kadir, En. Danesh dan En. Lee terpaksa pulang awal. En. Abdul Kadir kena pulang awal kerana flight ke Miri jam 5ptg. So, kumpulan ini saya serah pada En. Fariz (adik saya) untuk expresskan kursus tersebut dan ditamatkan awal dengan skip waktu makan mereka. Jadi jam 3ptg mereka sudah pulang awal dengan sijil penyertaan masing-masing. Nanti kalau lupa jangan malu tepon balik ya…..

Bagi group yang lain, saya teruskan kursus seperti biasa dan tamat pada waktunya. So, kepada mereka yang masih berminat dan belum mendaftar, silalah mendaftar segera untuk kursus akan datang iaitu pada 8 Nov, 15 Nov, 23 Nov dan 30 Nov
























No comments: