19 Mac’09 – Khamis lepas, pihak kami (CendawanPuchong), seramai 3 (En.Zul, En. Fariz@Abu dan En.Daniel) telah berlepas dengan ke Kuala Terengganu atas jemputan Suruhanjaya Koperasi Malaysia@SKM (K.Terengganu) untuk memberikan taklimat kepada koperasi-koperasi seluruh negeri Terengganu tentang Keusahawanan dan Prospek dalam Industri Tanaman Cendawan. Fuh!! Jauh betul….dari Puchong kami bertolak jam 4pagi dengan kenderaan 4 roda kami dan tiba di sana jam 11pagi. Ada la 2 kali berhenti. Solat subuh dan juga sarapan pagi. Ini kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke K.Terengganu. Kali pertama pada tahun 2003. Saya dan isteri datang ke Pasar Payang beli kain batik sutera. Masa tu Honeymoon. Dah lama dah...........Kini di Pasar payang dah ada 1 bangunan baru dan besar pula. Mereka kata Pasar Payang Baru. Jalanpun dah sesak juga.
Setibanya disana, kami dijemput ke dewan dan sama-sama mendengar taklimat daripada syarikat-syarikat lain iaitu berkenaan Cili Fertigasi dan juga Makanan Kesihatan Homeopathy. Semuanya produk Bumiputera. Sungguh mengkagumkan. Main ekar-ekar punya projek. Rasa kecut juga la tengok mereka punya presentation material dan angka-angka berapa yang masyuuuuuk dan berapa yang keluaaaaaaar!!!.
Kehadiran sekitar 70-80 orang. Kebanyakkannya otai-otai belaka. Ada la muka-muka baru anak muda yang baru tubuhkan koperasi seperti KOBERA dan sebagainya. Kebetulan berjumpa pula dengan kawan lama masa kat UKM dulu. Dah jadi orang kuat koperasi rupanya walaupun masih bekerja sebagai peguam. Lama tak jumpa, dan dah tak cam dah. Yelah, dulu masing-masing slim-slim belaka. Muka pulak belum tumbuh banyak bulu…tapi sekarang perut hah masing-masing nun tu jauh ke depan…berjanggut bermisai Cuma belum beruban je lagi kek kek kek.
Tiba je turn saya, kami pasangkan rencana daripada Agrojurnal berkenaan industri tanaman cendawan. Ada la dalam 25 minit tanyangan. Pastu, barulah sesi taklimat dan soal jawab dalam masa 30 minit. Ada 3-4 soalan yang diajukan tapi soalan lazim tetap ada iaitu : Adakah syarikat encik akan membeli balik hasil cendawan yang kami tanam?
Agaknya macam mana nak jawab ya. Kuala Terengganu ke Puchong ada la dalam 500km. Jauh tu……tak kan nak hantar ke Puchong hari-hari? atau berapa volume yang boleh dihantar sekali perjalanan? dan berbaloi ke dari segi kos dan keuntungan?
Sepanjang perjalanan pulang saya masih lagi memikirkan tentang soalan yang diajukan itu. Akhirnya saya mendapat satu kesimpulan. Nak tahu apa dia? Mungkin anda setuju dengan saya dan mungkin anda kurang setuju dengan saya dan mungkin juga anda ada jawapan yang jauh lebih baik daripada saya. Tolong respond pada saya. SMS pun takpe.
Jawapan saya : Kita terlalu lemah dalam PEMASARAN. Bantuan kewangan, tanah, bangunan, mesin, peralatan dan kemudahan memang banyak baik daripada kerajaan ataupun swasta tetapi bantuan PEMASARAN bagaimana? Lebih-lebih lagi PEMASARAN yang melibatkan pasaran luar negara dan juga produk hiliran. Terlalu lemah, sempit dan kurang penekanan yang serius. Ibarat bermain bola, finishingnya tak ada. Kalau adapun tumpul. Bermainlah kita dalam masa 90 minit, atas bawah kiri dan kanan secara bermati-matian, tapi bila tiba di kotak D….tendangannya ceplesss….langsung tak goal.
Setujukah anda?
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment