Monday, February 25, 2008

Assalamualaikum.

Ini adalah beberapa gambar yang sempat dirakam pada kursus 23 Feb’08. Seramai 15 peserta telah hadir dan yang paling jauh datangnya dari Kedah. Datang dengan train semata-mata hendak menuntut ilmu “Cendawan” di Puchong. Tahniah diucapkan. Semangat sebeginilah yang perlu ada bagi setiap bakal-bakal usahawan cendawan. Semangat yang cekal, gigih dan berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan halangan-halangan yang pastinya harus ditempuhi dan ditangani dengan sebaik mungkin. Bagi kami, pihak Cendawan Puchong ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sanggup datang dari jauh dan mempercayai kebolehan kami untuk menjalankan kursus Tanaman Cendawan ini dengan jayanya. Kursus sebegini bukannya mudah untuk dijalankan tetapi bagi kami, ia merupakan satu penghormatan, kepercayaan dari para peserta dan kami berjanji untuk memberikan “kursus” yang terbaik untuk semua peserta kursus.

Kursus kali ini ada sedikit kelainan di mana ada seorang peserta kursus yang begitu teruja dan sangat bersemangat bertanyakan soalan-soalan yang kami kira cukup mencabar dan perlukan pengalaman yang mendalam untuk menerangkan kepadanya. Ada kalanya soalan yang diajukan sudah jauh kehadapan daripada sesi ajaran sehinggakan penceramah memerlukan kebijaksanaan untuk mengawal kursus dan mententeramkan keadaan. Alhamdulillah, semuanya terkawal dan mengikut agenda kursus sehingga tamat.

Bagi kami pihak Cendawan Puchong memang seronok dengan keterujaan para peserta serta amat mengalu-alukan soalan-soalan advance seperti ini kerana dengan cara begini, ia akan dapat mewujudkan satu suasana yang meriah di samping dapat memberikan impak yang positif kepada para peserta yang lain untuk terlibat sama dalam sesi soal jawab ini.

Akhir sekali pihak kami ingin mengucapkan ribuan ampun dan maaf jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa kepada peserta kursus yang hadir. Kepada mereka luar sana yang berminat dan ingin menyertai kursus sebegini, sila hubungi kami untuk pendaftaran dan booking tempat.








1 comment:

Tani Lestari Enterprise said...

salam...saya ambil 1 gambar..tq