Wednesday, June 25, 2008

Lapuran kursus 21/06/2008

Puchong – 21 Jun 2008, telah berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN dengan disertai seramai 11 orang peserta. Kali ini peserta yang paling jauh datangnya dari Kemanan iaitu Dr. Nor Riah Mahamood dan Kuantan iaitu En. Subhi Shahrim. Pada kali ini juga pihak CendawanPuchong menerima penyertaan daripada kaum Tionghua iaitu Mr. Eric Chhoa dan Ms. Denise Chan.

Suasana kursus sungguh meriah dengan penglibatan aktif dari para peserta yang memang berminat serta rajin bertanyakan soalan-soalan berkenaan cendawan.

Di akhir kursus, pihak CP telah membawa para peserta ke ladang hasil dan memberi peluang kepada para peserta untuk memetik sendiri hasil secara live. Memang menyeronokkan terutama sekali apabila hasil-hasil berkenaan boleh dibawa pulang sebagai buah tangan.

Cuma agak malang, pihak CP tidak dapat merakam aksi-aksi para peserta pada kali ini disebabkan oleh ketiadaan kamera....sedih!!!

Akhir kata, diharapkan para peserta berpuashati dengan kursus yang diberikan dan pihak CP ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta dan jangan malu atau segan untuk datang atau telefon kami jika anda ada masalah atau kemuskilan. Insya Allah kami akan bantu selagi termampu dan jika ada diantara peserta yang membaca laporan ini, tolong email kat saya gambo-gambo yang anda ambil tu. Nanti saya display kat blog ini secepat yang mungkin ya.

1 comment:

Unknown said...

salam en zul..
maaf la tunggu lama utk gambar...hehe..
saya baru je email ke zulcendawan@yahoo.com

kursus memang best...tak boring langsung. sebab bukan setakat teori semata2. malah kita sememangnya buat praktikal terus..bermula daripada mengenal campuran dalam beg cendawan, sehingga lah pembungkusan cendawan. dapat makan cendawan goreng pulak tu....sedap betul...senang cerita, kami belajar dari a to z la...so saya harap peserta kursus yang akan datang, dapat menggunakan masa dan peluang yag sebaik nye semasa berkursus. tanye jangan tak tanye... :D