Monday, September 15, 2008

10 September, tuah yang tidak disangka kami menerima kunjungan besar daripada pihak RTM yang diketuai oleh En. Wan Badrul Hisham. Beliau merupakan penerbit di Saluran Radio Aktif di Bahagian Media Digital Interaktif. Beliau ditemani dengan 4 krew tiba jam 10 pagi di ladang kami. Macam tak percaya, sampai tiga kali saya tempeleng muka sendiri takut-takut saya yang bermimpi disiang hari ha ha ha. Tapi ianya benar dan bukannya “Cobaaaaan”.

Beliau menyatakan hasrat untuk mengambil seberapa banyak gambar yang boleh untuk satu rancangan baru di RTM. Dia ada sebut tapi saya tak berapa ingat apa rancangannya itu. Cuma saya pesan bagi tau la bila ia nak keudara nanti. Jadi sempat le kami nak tengok.

Lawatan tersebut di mulai dengan melawat sekitar tapak perusahaan dan juga kami memberi penerangan yang jelas dan telus gitu. Banyak juga gambar diambil. Kalau saya caj 20sen setiap snap..fuh boleh kayo pakcik he he he.

Selepas itu, En. Badrul meminta kami melakukan demo daripada proses membancuh media, membuat beg, mengkukus, menyuntik, menuai hasil hinggalah ke pembungkusan.

Lawatan singkat selama lebih kurang 3 jam itu, sungguh bermakna dan di akhir lawatan pihak cendawanpuchong memberikan ole-ole berupa cendawan segar yang baru dipetik. Sempat juga En. Badrul membeli 1 kilo lagi cendawan kerana dia dan keluarganya memang menggemari cendawan. Dia juga dan beberapa krewnya ada membeli beg cendawan matang untuk mereka mencuba menanam di rumah. Seronok katanya.

Apapun, kami pihak cendawanpuchong sangat gembira dengan kunjungan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Badrul dan juga krew RTM kerana sudi menjadikan kami untuk rancangan terbitan mereka.












2 comments:

ayne said...

mane bole 20sen! dulu aku jual gambar eksiden kt suratkabar cina RM200 4 keping je. bole buat modal tu zul! hehehe.. tapi pastu video exsiden yg sama anta kat ntv7, dia balas "terimakasih atas sumbangan anda" jer.. mengelat TV ni! suratkabar cina gak bagus

Anonymous said...

tahniah en. zul dan warga kerja cendawan puchong. nampaknya lepas ni makin glamourlah dpt masuk tv. Cendawan global cukup terharu dan tumpang gembira.