Wednesday, September 17, 2008

Lapuran Kursus Ramadhan Edition

Puchong – 13 September, Alhamdulillah syukur kerana satu-satunya kursus tanaman cendawan yang dibuat pada bulan puasa ini masih lagi HOT, masih lagi mendapat sambutan walaupun umat Islam pada waktu ini berpuasa. Namun begitu kerana minat yang mendalam dan juga semangat yang berkobar-kobar telah menyebabkan mereka hadir untuk mendaftar dan berkursus. Alhamdulillah, daripada 15 orang yang mendaftar, seramai 11 orang telah dapat menghadirkan diri. Syabas diucapkan.

Sebenarnya, kursus yang dibuat ini adalah bagi memenuhi permintaan dan ia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi pihak cendawanpuchong. Almaklumlah, mengajar dikala berpuasa..sungguh mencabar dan tercabar. Tekak dan bibir menjadi sangat kering menyebabkan pengajar En. Zul sering tersalah sebut dan tersasul. Mungkin perkara ini sama juga dirasai oleh guru-guru dan pensyarah-pensyarah diluar sana. Tabik spring kami berikan kepada anda.

Juga terima kasih kepada En. Mat Razi kerana sanggup datang kemari walaupun tinggal nun jauh di sana (Kedah). Semoga perjalanan jauh dan juga matlamat serta expectation En. Mat Razi terhadap kursus ini tercapai dan kami harapkan anda semua berpuashati dengan kursus yang diberikan.











Monday, September 15, 2008

10 September, tuah yang tidak disangka kami menerima kunjungan besar daripada pihak RTM yang diketuai oleh En. Wan Badrul Hisham. Beliau merupakan penerbit di Saluran Radio Aktif di Bahagian Media Digital Interaktif. Beliau ditemani dengan 4 krew tiba jam 10 pagi di ladang kami. Macam tak percaya, sampai tiga kali saya tempeleng muka sendiri takut-takut saya yang bermimpi disiang hari ha ha ha. Tapi ianya benar dan bukannya “Cobaaaaan”.

Beliau menyatakan hasrat untuk mengambil seberapa banyak gambar yang boleh untuk satu rancangan baru di RTM. Dia ada sebut tapi saya tak berapa ingat apa rancangannya itu. Cuma saya pesan bagi tau la bila ia nak keudara nanti. Jadi sempat le kami nak tengok.

Lawatan tersebut di mulai dengan melawat sekitar tapak perusahaan dan juga kami memberi penerangan yang jelas dan telus gitu. Banyak juga gambar diambil. Kalau saya caj 20sen setiap snap..fuh boleh kayo pakcik he he he.

Selepas itu, En. Badrul meminta kami melakukan demo daripada proses membancuh media, membuat beg, mengkukus, menyuntik, menuai hasil hinggalah ke pembungkusan.

Lawatan singkat selama lebih kurang 3 jam itu, sungguh bermakna dan di akhir lawatan pihak cendawanpuchong memberikan ole-ole berupa cendawan segar yang baru dipetik. Sempat juga En. Badrul membeli 1 kilo lagi cendawan kerana dia dan keluarganya memang menggemari cendawan. Dia juga dan beberapa krewnya ada membeli beg cendawan matang untuk mereka mencuba menanam di rumah. Seronok katanya.

Apapun, kami pihak cendawanpuchong sangat gembira dengan kunjungan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Badrul dan juga krew RTM kerana sudi menjadikan kami untuk rancangan terbitan mereka.












Saturday, September 6, 2008



Puchong – 30 Ogos, berlangsungnya 1 lagi kursus cendawan dengan penyertaan seramai 7 orang peserta.

Peserta yang paling jauh datangnya daripada Seremban sementara yang lainnya sekitar lembah Klang. Suasana kursus cukup meriah walaupun kursus kali ini majoritinya adalah dari kaum Ibu. Maknanya kaum wanita dah banyak yang minat nak tanam cendawan sama ada secara sambilan ataupun secara serius. Ini kerana nak tanam cendawan bukannya susah. Bekerja hanya di dalam bangsal yang semestinya redup, nyaman serta tidak memerlukan kudrat yang besar. Hanya semangat yang kental serta pandai memasarkan hasil cendawan sahaja yang diperlukan. Sebab itu, industri cendawan ini boleh digolongkan sebagai industri dalam Bandar. Orang dibandarpun boleh tanam cendawan. Ringkas serta mudah dipasarkan. Jadi sapa-sapa pun boleh tanam cendawan.

Apapun, sememangnya kami memberi peluang kepada anda dan sesiapa sahaja yang berminat nak tanam cendawan atau nak berkenalan dengan cendawan, datang lah ke ladang kami diPuchong. Tiada bayaran dikenakan. Anda juga boleh datang dan beli beg-beg cendawan matang untuk cuba menanam dirumah. Nak beli bahan mentahpun ada kami sediakan. Kepada lepasan graduan, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja juga boleh datang jika nak melawat cendawan di ladang kami. Kami memang alu-alukan. Cuma, bagitau awal le sikit ya…takut kami takde dibangsal. Maklumlah nak uruskan jualan dan tempahan. Kena ke sana dan kemari.

Senarai di bawah merupakan senarai nama dan no contact peserta yang telah menjalani kursus pada 30 Ogos. Mungkin anda boleh tanya mereka tentang pengalaman dan apa yang mereka dapat semasa kursus tersebut. Harap-harap dapat komen yang bagus ya…he he he.





OK, kursus seterusnya adalah pada 13 September ini. Setakat ini sudah 10 orang telah mendaftar.

Jadi kekosongan masih ada dan jika anda berminta sila SMS nama anda kepada saya atau daftar ONLINE di dalam blog ini.

Bayaran yuran hanya dibuat ditempat kursus sahaja. Kami tak ambil deposit.