Thursday, April 23, 2009

Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Industri

19 APRIL, PUCHONG – Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana segala usaha saya bersama rakan-rakan seperjuagan selama 1 minggu lebih kami bertungkus-lumus menyiapkan tapak majlis telah membuahkan hasil. Hari ini, 19 April telah tercipta satu lembaran sejarah buat Cendawanpuchong kerana terlancarnya satu Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Industri oleh YB. TUAN HJ. YAAKOB SAPARI (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor). Majlis ini merupakan satu titik tolak kepada perubahan yang akan dibuat di kampung Sri Aman Puchong ini di mana kampung ini telah dicanangkan sebagai kampung contoh bagi perlaksanaan “Program Satu Kampung Satu Industri” bagi TANAMAN CENDAWAN. Ini merupakan satu usaha kerajaan negeri dalam program membasmi kemiskinan serta menambah pendapatan penduduk kampung.

Memandangkan Kg. Sri Aman yang terletak begitu hampir dengan Bandar serta kawasan perumahan seperti Bandar Puchong, PJ, Shah Alam, USJ, Sri Kembangan dan sebagainya menyebabkan ianya begitu strategic dari segi kedudukan serta pemasaran. Dengan keluasan tanah yang agak terhad, maka projek Tanaman Cendawan ini merupakan projek yang paling sesuai untuk dilaksanakan di kampung ini. Setakat ini sambutan ke atas produk cendawan tidak pernah mengecewakan malah sentiasa hangat serta tidak mencukupi.

Semasa ucapan perasmian, ada banyak kata-kata “keramat” daripada YB yang menyuntik “Semangat” kami antaranya ialah:

1) Jika nak berjaya kena tumpu pada satu bidang/industri sahaja. Jadi pakar serta kuasai teknologinya…Insya ALLAH akan berjaya.
2) Mesti ada sikap suka menolong orang lain dan ada semangat nak bantu mereka yang memerlukan kepakaran kita.
3) Tak ada beza antara orang Melayu, Cina dan India…yang penting ada kemahuan,gigih serta semangat nak berjaya
.

Sambutan ke atas majlis pelancaran program ini sungguh menggalakkan. Kehadiran kira-kira 400 penduduk. Kami hanya mensasarkan sekitar 300 orang sahaja. Jadi makanan tak cukup he he he. Minta maaf lah ya. Hidangan makanan ini kami import daripada Abg. Din Hulu Langat@CendawanLangat. Menu masakan adalah berasaskan cendawan. Fuh!!! Sedap gila sehingga YB kata, perlu di ketengahkan dan tolong jadikan sebahagian daripada produk kampung. Antara menu masakannya adalah Nasi goreng udang cendawan, sup cendawan meletup, samosa cendawan, popia cendawan dan juga cendawan crispy.

Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengah hari, majlis pun selesai. Maka selesailah sudah “UJIAN” pertama kami ini. So, terima kasih buat teman-teman seCendawan dan seKeli kerana sama-sama menjayakan program ini. Ujian pertama kita sudahpun selesai, akan menyusul ujian baru pula…so bersedialah. BOLEH!!! BOLEH!!! BOLEH!!!



























































No comments: