Wednesday, April 29, 2009

Lapuran Kursus

Puchong, 25 April – Berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN dengan kehadiran peserta seramai 8 orang. Peserta yang paling jauh kali ini datangnya daripada Ipoh@Ipoh mali…..iaitu En. Bala dan Isteri. Suasana kursus amat meriah walaupun suhu di tempat kursus semakin meningkat. Al maklumlah kursus di ladang cendawan memang begini ya.....tak ada air cond. Memang real dan memang telus dan jelas. Jika kursus di dalam dewan atau di hotel-hotel, para peserta tak dapat merasai sendiri bagaimana keadaan sebenar bila datang dan duduk atau buat praktikal di ladang cendawan. Jauh bezanya seperti langit dengan bumi. Di ladang para peserta didedahkan dengan segala macam benda dari A-Z. Boleh feel dan ambil gambo. Nak sentuh, merasa, tengok dan bawa balik pon boleh.

Apapun, saya nak ucapkan syabas kepada para peserta yang hadir kerana berjaya menghabiskan kursus dengan tanpa sebarang masalah serta happy. Saya doakan hajat anda untuk nak jadi usahawan cendawan akan berjaya. Yang penting ingat 4 kunci kejayaan tanam cendawan itu serta 3 asas nak jadi usahawan cendawan.

So korang nak tau apa 4 kunci dan 3 asas tu........datang kursus!!!. Jumpa saya dan saya ajarkan. Dah ramai usahawan baru dan lama saya bantu guna formula ini dan alhamdulillah mereka dah boleh bergerak sendiri tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri lagi. Insya ALLAH saya akan bantu.
























Thursday, April 23, 2009

Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Industri

19 APRIL, PUCHONG – Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana segala usaha saya bersama rakan-rakan seperjuagan selama 1 minggu lebih kami bertungkus-lumus menyiapkan tapak majlis telah membuahkan hasil. Hari ini, 19 April telah tercipta satu lembaran sejarah buat Cendawanpuchong kerana terlancarnya satu Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Industri oleh YB. TUAN HJ. YAAKOB SAPARI (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor). Majlis ini merupakan satu titik tolak kepada perubahan yang akan dibuat di kampung Sri Aman Puchong ini di mana kampung ini telah dicanangkan sebagai kampung contoh bagi perlaksanaan “Program Satu Kampung Satu Industri” bagi TANAMAN CENDAWAN. Ini merupakan satu usaha kerajaan negeri dalam program membasmi kemiskinan serta menambah pendapatan penduduk kampung.

Memandangkan Kg. Sri Aman yang terletak begitu hampir dengan Bandar serta kawasan perumahan seperti Bandar Puchong, PJ, Shah Alam, USJ, Sri Kembangan dan sebagainya menyebabkan ianya begitu strategic dari segi kedudukan serta pemasaran. Dengan keluasan tanah yang agak terhad, maka projek Tanaman Cendawan ini merupakan projek yang paling sesuai untuk dilaksanakan di kampung ini. Setakat ini sambutan ke atas produk cendawan tidak pernah mengecewakan malah sentiasa hangat serta tidak mencukupi.

Semasa ucapan perasmian, ada banyak kata-kata “keramat” daripada YB yang menyuntik “Semangat” kami antaranya ialah:

1) Jika nak berjaya kena tumpu pada satu bidang/industri sahaja. Jadi pakar serta kuasai teknologinya…Insya ALLAH akan berjaya.
2) Mesti ada sikap suka menolong orang lain dan ada semangat nak bantu mereka yang memerlukan kepakaran kita.
3) Tak ada beza antara orang Melayu, Cina dan India…yang penting ada kemahuan,gigih serta semangat nak berjaya
.

Sambutan ke atas majlis pelancaran program ini sungguh menggalakkan. Kehadiran kira-kira 400 penduduk. Kami hanya mensasarkan sekitar 300 orang sahaja. Jadi makanan tak cukup he he he. Minta maaf lah ya. Hidangan makanan ini kami import daripada Abg. Din Hulu Langat@CendawanLangat. Menu masakan adalah berasaskan cendawan. Fuh!!! Sedap gila sehingga YB kata, perlu di ketengahkan dan tolong jadikan sebahagian daripada produk kampung. Antara menu masakannya adalah Nasi goreng udang cendawan, sup cendawan meletup, samosa cendawan, popia cendawan dan juga cendawan crispy.

Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengah hari, majlis pun selesai. Maka selesailah sudah “UJIAN” pertama kami ini. So, terima kasih buat teman-teman seCendawan dan seKeli kerana sama-sama menjayakan program ini. Ujian pertama kita sudahpun selesai, akan menyusul ujian baru pula…so bersedialah. BOLEH!!! BOLEH!!! BOLEH!!!



























































Wednesday, April 15, 2009

Pilot Projek - Satu Kg. Satu Industri

Puchong – Pada 8 April saya telah dipanggil oleh pihak UPENS (Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor) untuk hadir ke satu sesi taklimat dan perbincangan di SUK Shah Alam berkenaan Program Keusahawanan iaitu Projek Satu Kampung Satu Industri. Dalam projek ini Cendawanpuchong telah diberi mandat untuk menjadi Mentor dan juga Anchor bagi menjayakan projek tersebut. Kampung Sri Aman Puchong telah disebut sebagai “Pilot Projek” di mana seramai 10 – 100 penduduk kampung yang terdiri daripada golongan miskin atau berpendapatan rendah di pelawa menyertai projek tersebut. Ia adalah satu program Kerajaan Negeri bagi membasmi kemiskinan serta menambah pendapatan golongan sasaran.

Emmmmm nak kata apa….terkejut ada..nak kerkucil pon ada….bak kata si Sudin dalam filem pendekar bujang lapok…”masuk kali ini sudah 7 kaliiiiiiiii…

Balik saja, saya terus panggil semua pengusaha-pengusaha cendawan yang bernaung di bawah cendawanpuchong. Buat mesyuarat dan saya bacakan berita serta amanat ini. Alhamdulillah, mereka semua nak support saya. Ia bukan satu kerja yang mudah tapi penuh dengan rasa tanggungjawab. Mana tidaknya, jika ada 10 peserta, maka saya kena binakan 10 bangsal, supply beg media 50,000 setiap bulan, pantau lagi dan yang penting beli semula hasil. Nasib baiklah saya sudah dapat tapak berniaga di Pasar Borong Selangor. Insya ALLAH dalam bulan ini group cendawanpuchong akan mula berniaga cendawan segar di PASAR BORONG SELANGOR……datang jangan tak datang.

Kepada semua pembaca, doakan kami berjaya dalam misi terbaru kami ini……….amin.

OK, drebar lori dah panggil...nak sambung kerja-kerja mengemas bangsal...maklumlah 19 April 2009 (Ahad nie) EXCO SELANGOR (YB Tuan Hj. Yaakob Sapari) nak datang dan merasmikan projek ini diladang cendawan saya....maut kalau macam nie...kena kemas beb...bangsal dah macam tongkang pecah!!!!! Hua wa wa waaaaaaaa.........................































Monday, April 6, 2009

Lapuran Kursus Mac 2009

6 April – Puchong, seperti biasa saya nak melaporkan aktiviti KURSUS CENDAWAN kami sepanjang pertengahan bulan Mac hingga 5 April. Seramai 20 peserta telah hadir dan tamat kursus praktikal yang kami jalankan dengan jayanya.

Peserta kali ini datangnya daripada pelbagai tempat dan daerah. Yang paling jauh daripada Kuching, Sarawak diikuti Pulau Pinang, Bachok, kelantan, Kemaman, terengganu dan juga Johor. Alhamdulillah saya dapati, para peserta amat berpuashati dengan kursus yang dijalankan dan ada yang kata kursus yang kami berikan cukup detail sampai ke Secret Recipe sekali. Ya, memang itu impian saya. Kami jalankan kursus ini secara telus dan juga iklhlas. Bak kata Awie “Tiada Rahsia Antara Kita”. Memang kami nak, para peserta bila balik dan buat perusahaan ini boleh terus maju ke hadapan. Kita mahukan beg-beg media yang dihasilkan berkualiti tinggi serta tidak banyak yang rosak dan sebagainya. Hasilnya pula meningkat serta dapat menjana keuntungan yang diidamkan. Cuma bila sudah maju nanti, sila kembangkan ilmu cendawan ini pada mereka yang memerlukan.

OK, bulan April ini, kursus cendawan masih lagi dibuka dan masih lagi menerima kemasukkan peserta baru yang berminat. Jadi kepada yang berminat itu sila isi boring kursus yang ada kat dalam blog ini atau SMS kan nama serta tarikh yang dipilih kepada saya di talian 019-207 1743 (Zulcendawan).