Tuesday, September 23, 2008
Wednesday, September 17, 2008
Lapuran Kursus Ramadhan Edition
Sebenarnya, kursus yang dibuat ini adalah bagi memenuhi permintaan dan ia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi pihak cendawanpuchong. Almaklumlah, mengajar dikala berpuasa..sungguh mencabar dan tercabar. Tekak dan bibir menjadi sangat kering menyebabkan pengajar En. Zul sering tersalah sebut dan tersasul. Mungkin perkara ini sama juga dirasai oleh guru-guru dan pensyarah-pensyarah diluar sana. Tabik spring kami berikan kepada anda.
Juga terima kasih kepada En. Mat Razi kerana sanggup datang kemari walaupun tinggal nun jauh di sana (Kedah). Semoga perjalanan jauh dan juga matlamat serta expectation En. Mat Razi terhadap kursus ini tercapai dan kami harapkan anda semua berpuashati dengan kursus yang diberikan.

Monday, September 15, 2008
Beliau menyatakan hasrat untuk mengambil seberapa banyak gambar yang boleh untuk satu rancangan baru di RTM. Dia ada sebut tapi saya tak berapa ingat apa rancangannya itu. Cuma saya pesan bagi tau la bila ia nak keudara nanti. Jadi sempat le kami nak tengok.
Lawatan tersebut di mulai dengan melawat sekitar tapak perusahaan dan juga kami memberi penerangan yang jelas dan telus gitu. Banyak juga gambar diambil. Kalau saya caj 20sen setiap snap..fuh boleh kayo pakcik he he he.
Selepas itu, En. Badrul meminta kami melakukan demo daripada proses membancuh media, membuat beg, mengkukus, menyuntik, menuai hasil hinggalah ke pembungkusan.
Lawatan singkat selama lebih kurang 3 jam itu, sungguh bermakna dan di akhir lawatan pihak cendawanpuchong memberikan ole-ole berupa cendawan segar yang baru dipetik. Sempat juga En. Badrul membeli 1 kilo lagi cendawan kerana dia dan keluarganya memang menggemari cendawan. Dia juga dan beberapa krewnya ada membeli beg cendawan matang untuk mereka mencuba menanam di rumah. Seronok katanya.
Apapun, kami pihak cendawanpuchong sangat gembira dengan kunjungan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Badrul dan juga krew RTM kerana sudi menjadikan kami untuk rancangan terbitan mereka.
Saturday, September 6, 2008
Puchong – 30 Ogos, berlangsungnya 1 lagi kursus cendawan dengan penyertaan seramai 7 orang peserta.
Peserta yang paling jauh datangnya daripada Seremban sementara yang lainnya sekitar lembah Klang. Suasana kursus cukup meriah walaupun kursus kali ini majoritinya adalah dari kaum Ibu. Maknanya kaum wanita dah banyak yang minat nak tanam cendawan sama ada secara sambilan ataupun secara serius. Ini kerana nak tanam cendawan bukannya susah. Bekerja hanya di dalam bangsal yang semestinya redup, nyaman serta tidak memerlukan kudrat yang besar. Hanya semangat yang kental serta pandai memasarkan hasil cendawan sahaja yang diperlukan. Sebab itu, industri cendawan ini boleh digolongkan sebagai industri dalam Bandar. Orang dibandarpun boleh tanam cendawan. Ringkas serta mudah dipasarkan. Jadi sapa-sapa pun boleh tanam cendawan.
Apapun, sememangnya kami memberi peluang kepada anda dan sesiapa sahaja yang berminat nak tanam cendawan atau nak berkenalan dengan cendawan, datang lah ke ladang kami diPuchong. Tiada bayaran dikenakan. Anda juga boleh datang dan beli beg-beg cendawan matang untuk cuba menanam dirumah. Nak beli bahan mentahpun ada kami sediakan. Kepada lepasan graduan, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja juga boleh datang jika nak melawat cendawan di ladang kami. Kami memang alu-alukan. Cuma, bagitau awal le sikit ya…takut kami takde dibangsal. Maklumlah nak uruskan jualan dan tempahan. Kena ke sana dan kemari.
Senarai di bawah merupakan senarai nama dan no contact peserta yang telah menjalani kursus pada 30 Ogos. Mungkin anda boleh tanya mereka tentang pengalaman dan apa yang mereka dapat semasa kursus tersebut. Harap-harap dapat komen yang bagus ya…he he he.
OK, kursus seterusnya adalah pada 13 September ini. Setakat ini sudah 10 orang telah mendaftar.
Jadi kekosongan masih ada dan jika anda berminta sila SMS nama anda kepada saya atau daftar ONLINE di dalam blog ini.
Bayaran yuran hanya dibuat ditempat kursus sahaja. Kami tak ambil deposit.

Friday, August 29, 2008
Dried Mushroom (Cendawan Kering)
Pembeli dan Pengedar diperlukan.
Dried mushroom merupakan satu produk baru dipasaran. Jika selama ini kita biasa melihat dried mushroom daripada cendawan jenis Gano, Shitake, Mitake, Button dan telinga kera, sekarang Cendawan Tiram juga doleh dikeringkan. Ini bermakna bagi mereka yang jauh, yang nak simpan lama cendawan tiram atau nak post dan export ke luar Negara bolehlah membeli dried mushroom ini.
Dari segi teknikal, cendawan segar basah ini telah melalui satu proses pengeringan air sebanyak 100%. Ini bermakna cendawan yang tinggal hanyalah cendawan asal yang masih mempunyai nutrient dan khasiat serta rasa yang sama seperti cendawan segar yang lain cuma tiada air. Ini menjadikan berat asal cendawan akan hilang sebanyak 90%. Yang tinggal hanya 10% sahaja berat cendawan tersebut.
Cara nak masak sungguh mudah. Anda hanya perlu memasukkan Dried mushroom ini kedalam masakan anda tanpa perlu direndam air terlebih dahulu. Dried mushroom ini akan mengembang secara sendiri di dalam masakan anda dengan menyerap air,minyak dan bahan perasa yang anda gunakan di dalam masakan anda. Sungguh mudahkan.
So, harga pasaran adalah RM3.50 bagi setiap bungkusan yang mempunyai kandungan berat sebanyak 25gram. Harga yang berpatutan.
Boleh tempah dengan kami dan kami akan postkan kepada anda. Kos post ditanggung oleh pembeli.
Wednesday, August 27, 2008
Lawatan Siswi UPM
Sabtu yang lepas, cendawanpuchong menerima satu kunjungan daripada student-student UPM.
4 orang kesemuanya. Ada projek paper katanya. Kebetulan pada hari yang sama saya ada kenduri kahwin adik di Puchong, tapi apa boleh buat dah hajat mereka nak datang, kami sambut la.
Lawatan singkat selama hampir 1jam 30minit sangat bermakna buat mereka. Mana tidaknya masing-masing dah macam cik-cik reporter. Soalan tak putus-putus ditanyanya. Naik semput saya nak menjawab. Apa yang mereka nak tahu macam biasalah seperti latar belakang, modal, hasil, sambutan, keuntungan dan ulasan.
Diakhir lawatan, saya membawa mereka melawat tapak perusahaan cendawan sambil memberikan beberapa penerangan kepada mereka. Sedikit ole-ole juga pihak cendawanpuchong berikan berupa beberapa beg cendawan yang dah tumbuh serta sendawan segar yang mereka petik sendiri.
Mereka kata mereka pandai masak cendawan..so boleh kot...hantam sajalah....
Akhir kata, semoga mereka berpuashati dengan lawatan singkat itu dan dapat mencapai matlamat. Jika nak datang lagi, silakan…jangan malu dan jangan segan.
Kecik tapak tangan, bangsal cendawan kami tadahkan…he he he.

